Thursday, December 16, 2010
cheap service tour malaysia~~~~
contAcT me> +6017-2882373 (mobile number)
> mmz_ricardo@yahoo.com
tq~~
Tuesday, December 14, 2010
May 2012~~~~~~~~
- kuala lumpur > sadao (470km) by bus. $23
- sadao > phi phi island ( 3.8 hours) mini van
- sadao > Bangkok (870 km) $25
- Bangkok > aran (6 hour by train) 48 bhat.
- Aran > siem rap (cambodia) $ 40(visa+hostel).
- siem rapp > bangkok $10 by bus.
- Bangkok > Chiang mai > chiang rai > burma . $38 US dolLar.
- burma > bangkok > Laos . $70. by bus.
18 days+800 us dollar= appy
Monday, March 29, 2010
EFEKTIF
CIRI-CIRI KAUNSELOR YANG EFEKTIF
Corey (2001) menjelaskan kaunselor yang efektif perlu mempunyai cirri-ciri seperti di bawah;
Mempunyai kesedaran kendiri
Kaunselor sepatutnya berterusan membentuk kesedaran nilai dan perasaan untuk terus berkembang
Mempunyai minat
Kaunselor yang efektif menunjukkan minat dengan perkara-perkara yang berlaku dan juga pengetahuan mengenai budaya lain
Pengetahuan dan kemahiran
Dalam usaha menjadi kaunselor yang efektif, kaunselor perlu bersedia untuk mengaplikasikan teori psikologikal dan latihan dalam diri mereka. Kaunselor mesti mengintegrasi kecekapan pelbagai budaya yang ada dalam bentuk pengetahuan dan kemahiran.
Gibson and Mitchell (2003) menjelaskan keberkesanan seorang kaunselor dan kaunseling bergantung kepada beberapa faktor termasuk
• Personaliti dan latar belakang kaunselor
• Pendidikan formal yang diterima oleh kaunselor
• Kebolehan kaunselor untuk melibatkan diri dengan aktiviti kaunseling yang bersifat profesional seperti pendidikan berterusan, penyeliaan dan perundingan.
Sementara itu, Patterson & Welfel (2000) menjelaskan ciri-ciri kaunselor yang efektif sebagai mempunyai kestabilan, bersifat harmoni dan mempunyai tujuan. Personaliti kaunselor adalah penting selain daripada penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran ataupun teknik (Cavanagh, 1990). Pendidikan sahaja tidak mampu untuk mengubah ciri-ciri individu.
Seorang kaunselor yang efektif akan berkembang sebagai seorang individu dan membantu individu lain untuk berkembang. Dengan erti kata lain, kaunselor yang efektif adalah sensitif kepada diri mereka dan orang lain. Kaunselor yang efektif juga memantau sikap diri, mendengar, bertanya dan meneroka perbezaan budaya dan etnik dalam cara yang terbuka dan positif (Ford, Harris, & Schurger, 1993).
Zainal Abidin Ahmad dan Wan Abdul Kader Wan Ahmad (2004) menggariskan ciri-ciri kaunselor yang efektif seperti di bawah,
• Kepercayaan bahawa klien adalah individu yang unik dan berharga
• Kepercayaan bahawa kliennya berkeupayaan untuk berubah
• Memahami dan mengetahui bagaimana individu yang efektif berfungsi.
• Mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk membantu individu yang terbatas perfungsiannya
• Mempunyai kesanggupan melibatkan dirinya dalam proses interpersonal
• Mengenal diri sendiri dan kemahiran yang ada serta batasannya.
Cormier dan Cormier (1998) menyenaraikan ciri-ciri kaunselor yang efektif seperti berikut iaitu;
• Mempunyai keupayaan intelek.
-keinginan dan kebolehan untuk belajar dan juga bersifat kreatif.
• Bertenaga.
kebolehan untuk bersifat aktif dalam sesi dan mengekalkan tenaga yang ada.
• Bersifat fleksibel.
keupayaan untuk mengubah suai keadaan untuk memenuhi keperluan klien.
• Bersifat menyokong
keupayaan memberi galakan kepada klien dalam mebuat keputusan.
• Perasaan ingin membantu
keinginan untuk bekerja di pihak klien dalam cara yang konstruktif yang membawa kepada sikap tidak bergantung.
• Kesedaran diri
pengetahuan tentang diri sendiri termasuk sikap, nilai, perasaan dan juga keupayaan unutk mengenal pasti faktor-faktor yang berkaitan
Cottle (1973) menjelaskan kaunselor adalah individu di mana latar belakang profesional dalam bidang sains tingkah laku telah menyediakan dirinya untuk membantu klien dalam membuat pemilihan mengenai perkembangan kerjaya dan kehidupan peribadi yang diperlukan untuk tingkah laku yang efektif dalam masyarakat sekarang.
Pengetahuan mengenai psikologi perkembangan, teori pembelajaran, perkembangan personaliti, sosiologi, seting pendidikan, perkembangan kerjaya dan penilaian digunakan dalam usaha membantu klien mengenal pasti, menyusun serta membincangkan bahan-bahan yang berkaitan dengan pemilihan klien. Kaunselor juga berupaya untuk berfungsi dengan klien dari pelbagai sosioekonomi, etnik, agama dan kumpulan budaya.
Di samping itu, kaunselor juga mempercayai bahawa beliau mempunyai keupayaan untuk membantu klien memodifikasikan tingkah laku. Pada waktu yang sama, kaunselor mengggunakan segala sumber dalam agensinya dalam komuniti untuk menyediakan segala bantuan kepada kliennya.
Dalam membincangkan mengenai kualiti kaunselor yang efektif, Foster (1996) dan Guy (1987) menyenaraikan ciri-ciri seperti di bawah iaitu;
• bersifat ingin tahu
• berkebolehan untuk mendengar
• selesa dengan perbualan
• bersifat empati dan memahami
• mempunyai celik akal emosi
• intropeksi
• kebolehan untuk ketawa
Rogers (1942) berpendapat kaunselor perlu mempunyai ciri seperti berikut,
• bersifat sensitif kepada perhubungan manusia
• bersikap objektif
• menghargai, menghormati individu serta mempunyai keupayaan dan kesediaan untuk menerima klien.
• memberi kebebasan kepada klien mencari jalan penyelesaian sendiri
• memahami diri sendiri dan juga limitasi emosi dan kekurangan
• mengetahui tingkah laku manusia
Weitz (1957) telah menjelaskan tiga tret yang dilihat perlu untuk keberkesanan kaunseling iaitu;
• rasa selamat
• bersifat sensitif
• mempunyai kapasiti untuk membezakan antara tingkah laku objekitf dan simbolik dan pada masa yang sama memahami perhubungan
Menurut Stewart et al (1978), kecekapan profesional kaunselor boleh dibahagikan kepada beberapa komponen. Komponen-komponen tersebut adalah seperti berikut;
(i)Kaunselor seharusnya menghormati harga diri dan maruah diri klien tanpa mengambil kira tingkah laku, sikap, kepercayaan, bangsa, jantina, peringkat umur atau status sosio-ekonomi klien.
Sesungguhnya, kaunselor membantu klien yang mempunyai pelbagai persoalan dalam dirinya. Kaunselor haruslah berusaha membantu klien melihat masalahnya dari pelbagai perspektif dengan menunjukkan sikap hormat terhadap setiap klien tanpa prasangka dan prejudis supaya dapat berkembang untuk menghormati harga diri dan maruah diri klien.
Kaunselor haruslah berkemampuan untuk mengubah perasaan negatif beliau terhadap sesetengah klien supaya klien akan dihormati sebagai seorang individu yang memerlukan bantuan untuk menyelesaikan persoalan dalam hidupnya di samping menunjukkan bahawa kaunseling adalah satu usaha dalam proses memberikan pertolongan.
Sesetengah kaunselor tidak menyedari dan menafikan sikap prejudis yang terdapat dalam dirinya yang berkemungkinan mendatangkan kesan-kesan sampingan dalam perhubungan kaunseling.
Sesorang kaunselor dikatakan mempunyai sikap prasangka dan prejudis terhadap kaunselor apabila beliau menunjukkan sikap kebosanan semasa sesi temuduga, tidak memberikan tumpuan perhatian kepada tingkah laku lisan dan bukan lisan klien, kurang bersemangat, kurang berminat, ketakutan untuk menghadapi klien dan jenis masalah tertentu atau memberikan respons yang berbentuk sindiran, stereotaip serta menunjukkan pelbagai ancaman langsung dan tidak langsung terhadap klien.
(ii) Kaunselor seharusnya berusaha mewujudkan satu perhubungan yang fasilitatif dengan klien.
Matlamat kaunseling membentuk perhubungan yang fasilitatif adalah bertujuan untuk membantu klien memahami dan menghadapi persoalan hidup yang dihadapinya. Dengan demikian, kaunselor mempunyai tanggungjawab untuk mewujudkan satu perhubungan yang fasilitatif dengan klien sejak dari sesi temuduga yang pertama lagi.
Dalam erti kata yang lain, kaunselor seharusnya membentuk satu persekitaran atmosfera yang dapat mendorong klien merasakan kebebasan untuk membincangkan persoalan-persoalan yang di bawa bersama secara terbuka, lebih yakin terhadap kaunselor, jujur terhadap dirinya sendiri dan juga terhadap diri kaunselor serta dapat memahami bahawa kaunselor secara ikhlasnya berhasrat untuk memberikan bantuan kepadanya. Dalam konteks ini, klien selalunya dikatakan mempunyai tahap motivasi yang tinggi untuk menjalankan sesi kaunseling.
Bagi sesetengah klien, perhubungan fasilitatif selalunya berkembang secara beransur-ansur melalui beberapa proses temuduga. Klien yang sedemikian biasanya tidak bermotivasi untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling tetapi telah dirujuk kepada kaunselor melalui guru, ibu bapa, majikan atau agensi kerajaan.
Klien ini berkemungkinan tidak sedar akan matlamat kaunseling malahan ada klien yang berasa takut terhadap proses kaunseling. Selain itu, terdapat juga klien yang tidak mempercayai atau kurang yakin terhadap kecekapan profesional seseorang kaunselor dalam perhubungan menolong.
Perhubungan kaunselor-klien yang fasilitatif ialah satu tanda kecemerlangan. Kecemerlangan ini dikaitkan dengan proses pembelajaran yang telah berlaku dalam diri klien untuk menceritakan persoalan hidup yang dihadapinya dengan bebas.
Perhubungan yang fasilitatif boleh memperlihatkan peluang yang baik untuk melakukan perubahan yang membawa kepada perkembangan apabila klien diberikan peluang untuk mempelajari bahawa kaunselor adalah seorang yang cekap, boleh dipercayai dan menghormati diri klien sebagai seorang individu yang mempunyai harga dan maruah diri.
Perhubungan kaunseling yang fasilitatif dilihat oleh klien secara keseluruhan. Klien selalunya tidak akan melihat konsep empati, hormat, konkrit, mesra, tulen dan kongruen sebagai entiti yang berasingan di antara satu sama lain tetapi lebih kepada memperolehi satu gambaran secara keseluruhan supaya beliau lebih yakin dan percaya kepada diri kaunselor. Oleh itu, peneguhan terhadap perhubungan kaunselor-klien adalah bergantung kepada tingkah laku lisan dan bukan lisan kaunselor, kemahiran mendengar, postur badan, pergerakan tangan, ekspresi muka dan lain-lain.
Selain daripada itu, masa yang diperuntukkan dalam sesi kaunseling juga adalah satu penentu penting yang mendorong kepada proses penyesuaian dan perkembangan perhubungan yang fasilitatif di antara kaunselor dan klien.
Perhubungan yang fasilitatif kaunselor-klien biasanya memerlukan masa yang panjang untuk terbina. Ini berlaku khususnya terhadap klien yang suka memendamkan isi hatinya terutama sekali yang berkaitan isu-isu yang sensitif seperti isu seksual, bangsa, sosial, dadah atau alkohol. Klien yang sedemikian biasanya berasa sukar untuk mendedahkan perasaannya.
Kemahiran-kemahiran seperti bersifat empati, menunjukkan rasa hormat, bersifat konkrit, mesra, tulen dan kongruen wujud sebagai agen pendorong perhubungan yang fasilitatif antara kaunselor dengan klien. Ini berlaku apabila kaunselor menunjukkan kemahiran-kemahiran tersebut secara sintesis dan konsisten dalam bentuk satu keseluruhan yang dapat dilihat oleh klien dalam perhubungan menolong.
Konsep-konsep yang sedemikian merujuk kepada tumpuan perhatian yang tidak berbelah bagi terhadap tingkah laku lisan dan bukan lisan, kemahiran berkomunikasi secara lisan dan bukan lisan, pendengaran yang aktif, perasaan empati, boleh dipercayai, pemikiran yang objektif, kawalan kendiri terhadap tingkah laku dan emosi, kontak mata yang selesa, jarak sosial yang selesa, sambutan mesra terhadap klien, tidak bertingkah laku suka menunjuk-nunjuk serta bertingkah laku dalam keadaan yang relaks.
(iii) Kaunselor seharusnya sentiasa berusaha membantu klien untuk mengenal pasti dimensi-dimensi biologikal, persekitaran dan psikologikal dari aspek kognitif, afektif dan tingkah laku klien.
Dalam kaunseling, klien membawa bersama pelbagai konflik yang disimpan dalam dirinya. Konflik-konflik ini wujud dalam bentuk integrasi yang unik di antara aspek biologikal, persekitaran dan psikologikal kerana sifatnya yang saling mempengaruhi di antara satu sama lain.
Kaunselor seharusnya mempunyai pengetahuan am yang luas untuk melihat dimensi-dimensi biologikal, persekitaran dan psikologikal yang terdapat dalam proses perkembangan klien. Pengetahuan ini akan dijadikan asas untuk membuat penilaian terhadap keunikan organisasi aspek-aspek tersebut dalam kehidupan klien.
Kaunselor haruslah sentiasa menambahkan pengetahuannya melalui proses pembelajaran daripada pemerhatian ke atas tingkah laku lisan dan bukan lisan, kognitif, afektif dan respons psikomotor daripada klien semasa sesi temuduga. Kaunselor juga boleh merujuk individu-individu yang signifikan di persekitaran klien.
Dalam konteks ini, kaunselor akan membantu klien melihat ketiga-tiga dimensi tersebut supaya memperolehi satu pemahaman yang lebih sempurna terhadap faktor-faktor yang bertanggungjawab dalam persoalan klien. Oleh itu, model kaunseling yang lebih tepat dan bersesuaian dengan persoalan yang dibawa oleh klien dapatlah direka bentuk.
(iv).Keperluan peribadi kaunselor untuk menjalankan sesi kaunseling haruslah dikaji dari masa ke semasa untuk menentukan bahawa perhubungan kaunseling yang dibentuk dapat mendorong klien berkembang ke arah pencapaian matlamat.
Pada hakikatnya, terdapat kaunselor yang mendapat kepuasan daripada kebergantungan kliennya dalam perhubungan menolong sama ada secara langsung atau pun tidak langsung. Sesetengah kaunselor yang lain pula seolah-olah menceburkan diri dalam profesion kaunseling dengan tujuan utama untuk mendapatkan keuntungan atau mendapatkan prestij daripada kedudukannya dalam masyarakat. Di samping itu, sebahagian daripada kaunselor pula seolah-olah tidak memainkan peranannya sebagai kaunselor.
Dalam erti kata yang lain, proses memberikan bantuan kepada klien adalah berlaku secara tidak teraputik ataupun tidak menghiraukan persoalan yang dibawa oleh klien. Oleh yang demikian, penilaian terhadap motivasi kaunselor melaksanakan kaunseling haruslah sentiasa dikaji dari masa ke semasa supaya proses kaunseling dapat membantu klien berkembang ke arah pencapaian matlamat.
(v) Kaunselor seharusnya menjadi satu model sosial yang baik dalam profesion kaunseling.
Dalam konteks masyarakat, kaunselor dilihat sebagai model sosial yang baik. Ketidakcekapan seorang kaunselor selalunya akan digeneralisasikan secara keseluruhannya oleh sesetengah individu ke atas profesion kaunseling. Oleh itu, kaunselor sentiasa menerima kritikan daripada kebanyakan masyarakat walaupun mereka sering memberikan sumbangan yang penting dalam proses menolong klien melalui kaunseling. Kritikan ini telah membentuk stereotaip secara keseluruhannya terhadap profesion kaunseling. Oleh itu, kaunselor haruslah mengambil langkah-langkah positif untuk memperbaiki pencapaiannya supaya dapat mengurangkan kesilapan dan meningkatkan keberkesanan kaunseling.
(iv) Kaunselor seharusnya mempunyai pengetahuan yang luas tentang proses kaunseling untuk menyediakan satu pendekatan yang bersesuaian dalam perhubungan menolong.
Kaunselor yang profesional berkemampuan membina perhubungan yang fasilitatif, membantu kliennya melihat perbezaan di antara dimensi-dimensi kognitif, afektif dan tingkah laku, malahan bermotivasi dalam proses memberikan bantuan. Walau bagaimanapun, sehingga kini kaunselor masih dikatakan gagal membantu kebanyakan klien mencapai matlamat dalam kaunseling.
Kaunselor yang sedemikian dikatakan kurang cekap dan kurang faham tentang keseluruhan proses kaunseling. Oleh yang demikian, kaunselor haruslah berlatih berulangkali supaya menjadi lebih profesional mengendalikan kaunseling secara teratur. Dalam erti kata yang lain, kaunselor secara relatifnya akan berasa lebih yakin dan tahu apa, bila dan bagaimana untuk melakukan pelbagai fungsi dalam proses kaunseling.
(vi) Kaunselor seharusnya sentiasa mempertingkatkan ilmu sepanjang kerjayanya.
Dewasa ini, banyak peluang telah disediakan untuk kaunselor meneruskan pembelajaran dalam bidang kaunseling terutamanya dalam bidang sains tingkah laku manusia. Salah satu pilihan dalam menambahkan kemahiran kaunseling adalah dengan mengkaji sesi temuduga yang telah dirakamkan. Penilaian terhadap setiap kes serta tingkah laku klien dan kaunselor sendiri akan menambahkan kecekapan kaunselor dalam menjalankan proses kaunseling.
Di samping itu, kaunselor haruslah merujuk kepada kaunselor yang lebih berpengalaman untuk membuat penilaian terhadap kemahiran-kemahiran yang diaplikasikan dalam perhubungan menolong serta mendapatkan pandangannya sebelum membuat sesuatu keputusan. Ini bertujuan supaya dapat mengurangkan risiko kesilapan dalam proses kaunseling.
Selain daripada itu, sesorang kaunselor haruslah mengetahui aspek-aspek budaya, nilai dan tingkah laku manusia melalui interaksi dengan pelbagai etnik yang berbeza-beza dalam masyarakat. Pengetahuan yang sedemikian merupakan satu cara yang terbaik untuk mengkaji dan mengubah sikap prasangka dan prejudis kaunselor terhadap klien yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Namun begitu, terdapat juga bengkel-bengkel dan penyelidikan sains tingkah laku manusia yang dapat membantu proses menambah pengetahuan dengan menjadi ahli dalam organisasi profesional.
Di samping itu, banyak kursus yang boleh memberikan peluang kepada kaunselor untuk melanjutkan pendidikan pada tahap yang lebih tinggi. Tambahan pula, terdapat pelbagai bahan yang boleh dimanfaatkan oleh kaunselor untuk meluaskan ilmu pengetahuan.
Patterson & Welfel (1994) menggariskan 5 prinsip-prinsip menjadi pembantu yang efektif iaitu;
Memahami tingkah laku manusia
Untuk menjadi seorang yang berkesan, kaunselor perlu memahami secara mendalam tingkah laku manusia dalam konteks sosial dan budayanya. Kaunselor juga mesti berupaya untuk menggunakan pemahaman tersebut untuk menangani permasalahan klien.
Perubahan diri klien
Tujuan utama sesi kaunseling adalah untuk membantu klien mencapai perubahan yang diinginkan.
Meningkatkan perhubungan
Kualiti perhubungan membantu adalah signifikan dalam menyediakan satu persekitaran perkembangan.
Satu proses yang berurutan
Kaunseling adalah satu proses yang berlaku secara berurutan.
Penerokaan kendiri dan konfrontasi
Proses kaunseling mengandungi penerokaan kendiri dan juga konfrontasi di pihak klien dan dibantu melalui interaksi antara klien dengan kaunselor.
RUMUSAN
Keperluan mempunyai ciri-ciri efektif adalah sangat perlu bagi seorang kaunselor. Banyak faktor yang menyumbang kepada ciri-ciri efektif seorang kaunselor. Bab ini telah membincangkan ciri-ciri efektif kaunselor mengikut pandangan beberapa penulis.
RUJUKAN
Cavanagh, M.E. (1990). The counseling experience. Prospect Heights,IL; Waveland.
Cottle, W.C. (1973). Beginning Counseling Practicum. Grune & Straton: New York & London.
Corey, G. (2001). Theory and practice of counseling and psychotherapy (6th ed.). Pacific Grove.CA: Brooks/Cole.
Cormier,W.H., & Cormier,L.S (1998). Interview strategies for helper (4th ed). Pacific Grove, CA Brooks/Cole.
Foster, S. (1996). Characteristics of an effective counselor. Counseling Today.
Gibson, R.L. & Mitchell, M.H. (2003). Introductuion to counseling and guidance. Upper Saddle River. New Jersey. Columbus Ohio.
Guy,J.D. (1987). The personal life of the psychotherapist. New York: Wiley.
Patterson,L.E., & Welfel, E.R. (1994). The counseling process (4th ed). Brooks/Cole Publishing Company. Pacific Grove: California.
Rogers, C.R. (1942). Counseling and Psychotherapy. Boston: Houghton Miffilin Company.
Stewart, N.R., Winborn, B.B., Burks, H.M., Johnson, R.R., & Englekes, J.R. (1978). Systematic Counseling. Prentice Hall, Inc. Englewood Cliffs, New Jersey.
Zainal Abidin Ahmad & Wan Abdul Kader Wan Ahmad (2004). Modul Bimbingan dan Kaunseling. Universiti Terbuka Malaysia
Weitz, H. (1957). Behaviour change through guidance. New York: Wiley.
Malaysia merupakan sebuah negara berpendapatan sederhana, berubah daripada sebuah negara pengeluar bahan mentah seperti getah, bijih timah dan sebagainya pada 1971 kepada negara berekonomi pelbagai sektor melalui Dasar Ekonomi Baru. Pada dasarnya, pertumbuhan Malaysia adalah bergantung kepada eksport bahan elektronik seperti cip komputer dan sebagainya. Akibatnya, Malaysia merasai tekanan hebat semasa kegawatan ekonomi pada 1998 dan kemerosotan dalam sektor teknologi maklumat pada tahun 2001. Kadar Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2001 hanya meningkat sebanyak 0.3% disebabkan pengurangan 11% dalam bilangan eksport tetapi pakej perangsang fiskal yang besar telah mengurangkan kesan gawat tersebut. Malaysia mempunyai persekitaran makro ekonomi yang stabil (di mana kadar inflasi dan kadar pengangguran kekal di bawah 3%), simpanan pertukaran wang asing yang sihat, dan hutang luar yang kecil. Ini membolehkan Malaysia untuk tidak lagi mengalami krisis yang sama seperti Krisis Kewangan Asia pada 1997. Walaubagaimanapun, prospek jangka masa panjang kelihatan agak kabur, ini disebabkan kurangnya perubahan dalam sektor korporat terutama sekali sektor yang berurusan dengan hutang korporat yang tinggi dan kompetitif. Selain getah dan sawit yang banyak di semenanjung, Sabah dan Sarawak juga kaya dengan sumber asli seperti kayu balak, petroleum dan gas asli. Selepas Tragedi 13 Mei 1969, Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan dan ia menunjangi pembangunan ekonomi Malaysia dan hubungan kaum sehingga 1990.Selepasnya kerajaan memperkenalkan Rancangan Wawasan. Perkembangan Ekonomi Malaysia dalam Kerangka Kehadiran Masyarakat Pelbagai Kaum Sejak Abad Ke-15 Sehingga Merdeka.
2.0 Ekonomi pada abad ke-15
Pada abad ke-15 dengan kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan bebas, bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca dan pedagang-pedagang asing menerima hegemoni perdagangan Melayu Sifat berkongsi kekayaan ekonomi Melaka di kalangan semua pedagang yang mengunjungi Melaka dapat diperhatikan dari sikap Sultan dan pembesar Melayu. Mereka mengguna dan menggalakkan penyertaan pedagang asing seperti Gujarati, Chulia dan peminjam wang India (Chettiars). Dasar ini juga mengelakkan kelahiran Melayu kaya yang bakal menggugat kestabilan pemerintah. Hubungan ekonomi di Melaka mengikut peraturan ekonomi yang ditetapkan oleh raja-raja Melayu mengikut Hukum Kanun Melaka. Pedagang asing terpaksa menerima syarat-syarat dalam hukuman ini apabila mereka menjalankan perdagangan di Melaka. Portugis yang menguasai Melaka pada abad ke-16, telah melenyapkan budaya perdagangan bebas untuk seketika. Dasar monopoli dan pelbagai sekatan perdagangan dikenakan. Memaksa kapal-kapal singgah di Melaka untuk membayar cukai, diantaranya adalah 10% dikenakan untuk barangan dari negara China dan 8% untuk barangan dari Teluk Benggal. Pedagang juga dimestikan mendapatkan surat izin untuk berdagang di Melaka. Ramai Pedagang tidak berpuas hati dan kebanyakan mereka berpindah ke Aceh dan Pedir.
Keadaan bertambah buruk apabila Belanda menguasai Melaka pada 1641. Pelbagai dasar monopoli diperkenalkan. Pihak Belanda juga telah mengawal barangan utama yang diimport dan dieksport dari Melaka dengan tujuan untuk menetapkan harga jualan barangan berkenaan. Belanda menguasai monopoli ke atas barangan seperti lada hitam, rempah-ratus, kayu cendana, timah dan pelbagai jenis kain. Duti sebanyak 10% dikenakan ke atas barangan yang diimport dan 5% ke atas barangan eksport. Semua pedagang dipaksa singgah di Melaka untuk menjalankan urusniaga mereka. Para pedagang juga diwajinkan mengikat perjanjian ekslusif dengan pemerintah-pemerintah Melayu di Negeri-negeri Melayu untuk menjual hasil negeri mereka, khususnya bijih timah kepada Belanda pada harga yang ditetapkan dan menghadkan urusan perdagangan dengan pedagang-pedagang India. Senario ekonomi Tanah Melayu berubah dengan penguasaan Pulau Pinang oleh Francis Light pada 1786, Melaka pada 1795 dan Singapura pada 1819. Ketiga-tiga pelabuhan ini diisytiharkan sebagai pelabuhan bebas pada 1826 dan ia menarik pedagang asing, termasuk pedagang Cina dan India. Ketiga-tiga kelompok pedagang ini tinggal dalam penempatan yang berasingan dengan kegiatan ekonomi diidentifikasikan dengan kaum tiada interaksi ekonomi antara ketiga kaum utama ini (Melayu, Cina dan India). Keadaan ini berubah pada abad ke-19 apabila lebih ramai buruh asing, khususnya buruh Cina, India dan Jawa dibawa masuk untuk memajukan sektor perladangan (getah dan kopi) dan perlombongan. Pada abad ke-20 pula, British mula menyingkirkan penguasaan orang Cina dalam sektor perlombongan dan bidang komersil lain yang menguntungkan. Buruh India dan Cina dibawa masuk dalam bilangan yang besar untuk memajukan sektor perladangan getah dan bijih timah.Ia dengan sengaja membawa kepada ekonomi duaan iaitu dua keadaan ekonomi yang berjalan serentak dalam satu waktu. Kawasan pantai barat maju dengan tersedianya pelbagai kemudahan dan pantai timur pula menumpukan kepada tanaman sara diri Bentuk ekonomi ini membawa faedah kepada kebanyakan orang Cina yang menetap di bandar.
3.0 Kegiatan ekonomi Pada waktu dahulu
3.1 Kaum Melayu
Orang Melayu terpinggir di luar bandar dengan kegiatan ekonomi sara diri (tanam padi dan buah-buahan). Ia disengajakan oleh British dengan harapan orang Melayu akan menghasilkan tanaman untuk keperluan sendiri dan British juga tidak perlu mengimport beras dari luar. Pada abad ke-17, Melaka menarik ramai pedagang asing dan ia muncul sebagai pelabuhan kosmopolitan. Di sini wujud interaksi yang baik antara pedagang Melayu, Cina dan India. Perkara ini berlaku kerana kerajaan Melaka di bawah pemerintah yang bijak menjalankan dasar pentadbiran yang adil dan ia memberi peluang kepada semua bangsa untuk menikmati keuntungan perdagangan di Melaka. Kejayaan hidup bersama antara kesemua kaum ini dapat diperhatikan daripada kewujudan penempatan seperti Bukit Cina dan perkahwinan orang tempatan dengan pedagang asing yang melahirkan baba peranakan India dan Cina. Hubungan ekonomi antara ketiga kaum (Melayu, India dan Cina) terjejas dengan kehadiran kuasa Portugis dan Belanda yang mula mengawal pelabuhan-pelabuhan utama Melayu seperti Melaka dan Betawi. Kuasa asing ini juga mengawal perdagangan antara pulau dan jalan laut utama antara India dan China Usaha-usaha diambil untuk memaksa kerajaan-kerajaan Melayu tunduk kepada kuasa baru ini. Dasar monopoli yang diamalkan oleh kuasa Barat ini memaksa pedagang tempatan beralih ke pelabuhan-pelabuhan lain yang mengamalkan dasar perdagangan bebas. Keadaan ini juga memaksa pedagang Melayu berpindah ke kawasan pedalaman (hinterland) dan mereka terpaksa bekerja mengusahakan tanah.Keadaan ini membawa kepada kemunculan kelas petani atau komuniti Melayu luar bandar yang mengusahakan tanah. Kekosongan yang ditinggalkan oleh orang Melayu di bandar kini diambil alih oleh orang India dan kemudian pada zaman British oleh orang Cina, Arab dan Eropah.
3.2 Kaum Cina
Pada Abad Ke-18, hampir kesemua kapitan Cina menjalinkan hubungan yang baik dengan British. Dasar British ini sebenarnya menjarakkan lagi status ekonomi Cina. Pada abad Ke-19, penglibatan orang Cina dalam ekonomi Negeri-negeri Melayu membawa kepada kerjasama ekonomi antara kaum Melayu dan Cina. Ini dapat diperhatikan di negeri Selangor, Johor dan Negeri Sembilan. Kerjasama antara saudagar Cina dan Melayu di Selangor bermula pada tahun 1846 iaitu pada zaman pemerintahan Raja Jumaat (1840-1854). Saudagar Cina Melaka telah mendahulukan modal untuk memajukan lombong di Lukut. Sebagai balasan saudagar Cina Melaka mendapat sebahagian keuntungan yang diperolehi oleh Sultan dari lombong Lukut. Kerjasama Orang China dan Melayu Di Johor Kerjasama ini bermula apabila Temenggong Johor, Temenggong Ibrahim menggalakkan orang Cina membuka tanah untuk mengusahakan tanaman lada dan gambir.Di bawah sistem Kangcu yang diperkenalkan di Johor, seorang ketua Cina yang dipanggil Kangcu atau raja sungai ditempatkan untuk mengawal setiap batang sungai di tempat ladang-ladang terbuka Kangcu akan menerima surat kuasa dari Temenggong untuk membuka ladang, mengawasi tanaman dan memungut cukai. Kesan Dominasi Langsung Orang Cina Dalam Perlombongan Selepas pedagang Cina dibenarkan untuk terlibat secara langsung dalam perkembangan ekonomi Negeri-negeri Melayu, peranan elit pemerintah Melayu hanya dihadkan kepada pengutipan cukai eksport dan import dan urusan memperuntukkan konsesi kepada pelabur. Bermulanya pentadbiran British, peranan ini telah diambil alih oleh British dan orang Cina kini boleh melangkaui (bypass) pemerintah Melayu untuk berurusan dengan pentadbir British. Kaum Cina juga bekerja sebagai kontraktor pembuat jalan, landasan keretapi, sebagai peniaga runcit dan pekedai. Mereka juga menjadi orang tengah dalam perniagaan. Kaum Cina kekal sebagai komuniti yang berdikari dan mampu diri. Pada masa itu, rata-rata tidak menganggap Tanah Melayu sebagai negara mereka.
3.3 Kaum India
Abad ke-18 juga, adalah zaman kedatangan buruh India yang mula menetap di Negeri-negeri Selat. Ada yang datang sebagai pegawai polis, tentera dan pesalah yang dibawa dari India untuk bekerja sebagai buruh dalam Jabatan Kerja Raya. Ada juga pedagang India yang terlibat dalam perniagaan di Negeri-negeri Selat. Selepas pengenalan sistem Residen di Negeri-negeri Melayu pada 1874, ramai orang India yang direkrut dalam sektor keselamatan Negeri-negeri Melayu (NNM) seperti Malay States Guides, polis dan juga dalam pembinaan jalan dan landasan keretapi. Bilangan buruh India ketika ini amat kecil tetapi ia bertambah pada penghujung abad ke-19 dengan perkembangan pesat sektor perladangan getah. Pembangunan Ekonomi dan Hubungan Etnik Pada Abad Ke-20. Abad ke-20 adalah era yang menyaksikan perkembangan pesat ekonomi Tanah Melayu dan penglibatan bukan Melayu, khususnya kaum Cina dalam ekonomi milik British. Kaum India pula menyumbangkan tenaga yang besar dalam sektor perladangan dan sebilangan kecil dalam pentadbiran dan sebagai buruh kasar dalam sektor perladangan dan perlombongan. Kebanyakan orang Melayu pula adalah di luar Bandar dan mereka yang berpendidikan bekerja makan gaji dalam sektor pentadbiran kerajaan. Pada awal abad ke-20, kaum Cina menjadi pemilik utama lombong-lombong utama dan hanya pada 1930-an dengan peningkatan penggunaan teknologi, bangsa Eropah mula mengambil alih dominasi orang Cina dalam sektor ini Kedudukan ekonomi Cina telah cuba dipulihkan pada zaman Darurat (1948-1960) iaitu apabila berlaku ancaman komunis. kerajaan telah mendirikan kawasan penempatan baru yang dikenali sebagai “kampung-kampung baru (New Villages) di bawah rancangan Briggs. Hubungan Orang Melayu dengan India dari sudut ekonomi agak baik pada awal abad ke-20. Ini adalah berasaskan hubungan orang Melayu golongan peminjam wang India (Chettiar). Hubungan ini menjadi renggang pada 1930-an apabila orang India membuat tuntutan politik supaya mereka diberikan lebih banyak keistimewaan Kedudukan ekonomi buruh India amat teruk pada zaman pendudukan Jepun. Ramai yang telah dibawa ke sempadan negeri Thai untuk membina landasan keretapi maut.
3.4 Punca Kemunduran Kaum India
Antara punca kemunduran kaum India ialah penghijrahan di mana hampir 80 peratus kaum India yang tinggal di ladang-ladang berhijrah ke pinggir bandar. Ladang-ladang hak milik syarikat penjajah yang menjadi tempat perlindungan dan perkembangan budaya-agama mereka kini dijadikan tapak projek perumahan dan pembangunan industri besar dan ringan oleh kerajaan dan swasta. Pertukaran hak milik ladang telah mengubah corak hidup sebahagian besar kaum India dengan drastik. Golongan pekerja ladang yang sekian lama bergantung kepada majikan British kini menganggap kerajaan sebagai 'bapa angkat' untuk membimbing, membantu dan membela kesejahteraan hidup mereka. Perubahan drastik dalam landskap sosio-budaya ini mencetus pelbagai harapan dan cabaran kepada kaum India, terutamanya golongan muda. Golongan ini mengharapkan kerajaan dan Malaysia Indian Congress (MIC), membantu mereka dalam menghadapi cabaran baru terutamanya dalam menyediakan peluang pendidikan tinggi, pekerjaan dalam sektor awam, kemudahan memperolehi pinjaman wang untuk menjalankan perniagaan kecil, peluang meningkatkan ilmu teknikal dan perumahan untuk menjamin kehidupan berkualiti.
Kaum India menganggap peluang-peluang yang disediakan kerajaan dalam bidang-bidang utama itu tidak mencukupi berbanding kehendak semasa kaum India. Dalam pada itu, kebanyakan kuil Hindu yang terdapat di negara ini dibina sewaktu zaman penjajah British. Membina sebuah kuil Hindu dan menyediakan tempat untuk mempelajari bahasa ibunda, bahasa Tamil, merupakan dasar asas penjajah British. Bagaimanapun, apabila British berundur dan ladang-ladang mereka menjadi hak milik syarikat swasta tempatan, tapak kuil-kuil Hindu itu dijadikan tapak pembangunan oleh para pengusaha dan pemaju. Justeru, kuil-kuil yang dibina puluhan tahun dahulu diarah berpindah lokasinya oleh pihak pemaju atau kerajaan.Arahan kepada pengurusan kuil untuk berpindah lokasi sering menghadapi tentangan daripada masyarakat Hindu, malah mencetus wasangka di kalangan mereka kononnya kerajaan cuba merobohkan kuil-kuil Hindu tanpa memikirkan sensitiviti agama.Dalam hal ini, kerajaan telah menyediakan prosedur tertentu untuk mengurus soal pemindahan sesuatu tempat ibadat. Namun, di peringkat pelaksanaan, memindah tempat ibadat sering berdepan dengan masalah antara pihak pengurusan kuil dengan pihak penguatkuasaan.Lantas, isu pemindahan kuil, biarpun ke tempat baru disediakan oleh pemaju dan kerajaan, sering menjadi medan pertelingkahan antara penguasa dan pengurusan kuil atau bahan retorik politik di kalangan parti-parti politik.Selain itu, tidak dapat dinafikan, terdapat juga kumpulan tertentu dalam masyarakat India yang membina kuil-kuil kecil di kawasan tanah lapang hak milik kerajaan tanpa mendapat kelulusan pihak berkuasa terlebih dahulu. Kumpulan ini sentiasa mendakwa kononnya kerajaan tidak melayan sebarang permohonan untukmembina kuil Hindu. Apabila kerajaan bercadang memajukan tanah lapang tersebut, kerajaan menghadapi masalah untuk memindahkan kuil-kuil itu yang dibina tanpa kelulusan.
4.0 Zaman Darurat
Pada zaman Darurat, 1948-1960, tuntutan pekerja bertambah dan ramai buruh India telah menyertai kesatuan sekerja anjuran anjuran Parti Komunis India. Pada Mei 1947, buruh India telah menuntut supaya mereka diberikan upah yang sama dengan buruh Cina. Tuntutan-tuntutan lain adalah tempat kerja yang selesa, bekalan kemudahan asas dan perlantikan guru sekolah di estet. Berdasarkan kemajuan ekonomi yang di alami oleh ketiga-tiga kaum pada abad ke-20, amat jelas konsentrasi ketiga-tiga kaum ini juga berbeza. Kaum Cina juga mewakili separuh dari penduduk bandar semua negeri Semenanjung kecuali Kelantan, Trengganu dan Perlis.
Orang Melayu pula tertumpu di kawasan luar bandar yang berkait dengan pertanian sebagai contoh di kawasan pantai barat. Pada tahun 1947, hanya 14% orang Melayu menetap di bandar, sedangkan Cina mewakili 54% dan India 39%. Kaum India sebahagian besar tinggal di luar bandar dan mereka yang menetap di bandar tertumpu di negeri Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Selepas Merdeka, Latar Belakang Perkembangan Ekonomi Malaysia dalam Kerangka Perlembagaan Merdeka 1957 dan senario selepas Merdeka Perlembagaan Merdeka menyaksikan dominasi politik Melayu diinstitusikan. Pada tahun 1955 dan 1956 UMNO, MCA dan MIC telah berkompromi dibawah satu persetujuan (social contract) yang dikenali sebagai “persetujuan bersejarah” (historic bargain). Melalui persetujuan ini, orang Melayu bersetuju kewarganegaraan akan diberikan kepada orang bukan Melayu yang berkelayakan dan sebagai balasan bukan Melayu bersetuju mengakui hak-hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kedudukan raja-raja Melayu sebagai raja berperlembagaan. Semua kompromi ini kemudiannya dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan 1957. Walaupun semua kehendak dipersetujui sewaktu perlembagaan diterima tetapi selepasnya ia adalah satu senario yang berbeza. Isu-isu sensitif terus dibangkitkan oleh parti-parti pembangkang dalam pilihanraya 1963 dan 1969. Pada akhir tahun-tahun 1960-an, perasaan tidak puas hati dan kemuncaknya ialah Tragedi 13 Mei. Ia seterusnya membawa kepada pemansuhan Parlimen, penubuhan Majlis Gerakan Nasional (MAGERAN) dan pengenalan prinsip Rukunegara bagi mengukuhkan perpaduan negara. Pada awal 1970, Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan untuk menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.
5.0 Dasar Ekonomi Baru
Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia yang di pelopori pada tahun 1971 oleh mantan Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Dasar ini juga mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Dasar ini telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada 1991.
Perlaksanaan dasar pecah dan perintah Inggeris telah mengeruhkan perpaduan masyarakat di Tanah Melayu. Pengelasan kaum merujuk pekerjaan dan sistem pelajaran yang berbeza mengelakkan interaksi antara penduduk di Tanah Melayu yang terdiri daripada tiga rumpun utama iaitu bangsa Melayu, Cina dan India. Melalui dasar ini orang Melayu kebanyakannya menetap di kawasan luar bandar (kampung) dan bekerja sebagai nelayan dan petani, orang Cina menetap di kawasan bandar dan kawasan perlombongan serta bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih timah, manakala orang India kebanyakannya tinggal di kawasan ladang-ladang dan bekerja sebagai buruh, secara tidak langsung telah mewujudkan perasaan curiga mencurigai antara satu sama lain yang merupakan bom jangka yang menjadi teras peristiwa 13 Mei 1969.
Peristiwa berdarah yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah mendedahkan manifestasi sebenar perasaan tiga etnik yang terbesar di Malaysia. Semenjak negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, didapati bangsa Melayu masih tertinggal jauh dari segi penguasaan ekonomi dan pendidikan di Tanah Melayu memandangkan majoriti orang Melayu tinggal di luar bandar. Manakala orang Cina pula lebih terkehadapan dengan menguasai bidang perniagaan dan bidang ekonomi lain memandangkan mereka tinggal di kawasan bandar dan menguasai kawasan perlombongan. Lantas timbul kesedaran di kalangan orang Melayu yang dapat merasakan bahawa mereka telah tertinggal dan tertindas di bumi sendiri akibat kemiskinan. Bagi masyarakat Cina dan India pula, mereka bimbang tentang syarat-syarat hak kerakyatan walaupun sebahagian daripada mereka telah bersedia untuk menumpahkan kesetiaan kepada Tanah Melayu.
Semenjak pendudukan Jepun pada perang Dunia Kedua, pihak Jepun mengamalkan dasar yang anti-Cina dan pro-Melayu. Perkara tersebut telah membangkitkan kemarahan dan prasangka orang Cina terhadap orang Melayu. Apabila Jepun menyerah kalah dan sebelum ketibaan Inggeris, orang Cina yang kebanyakannya merupakan anggota Bintang Tiga (Parti Komunis Malaya) telah mengambil kesempatan untuk membalas dendam. Turut memburukkan keadaan adalah kerana, kebanyakan orang Cina menganggotai Parti Komunis Malaya manakala Orang Melayu kebanyakan menganggotai pasukan keselamatan ketika zaman darurat pada 1948–1960.
5.1 Kepentingannya kepada kaum melayu
Dasar Ekonomi Baru menunjangi pembangunan negara dan ia berusaha untuk membasmi dan menyusun semula masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama. Pembangunan Ekonomi dan Hubungan Etnik Dalam Rancangan Malaya Pertama (1956-1960) dan Kedua (1961-1965) Rancangan Malaya Pertama, bertujuan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dengan menumpukan kepada sektor luar bandar iaitu mempelbagaikan keluaran pertanian supaya negara tidak hanya bergantung kepada pengeluaran getah.Menambahkan peluang pekerjaan bagi mengurangkan kadar kemiskinan. Dasar pembangunan kerajaan Perikatan selepas merdeka adalah untuk membawa kemajuan ekonomi kepada semua rakyat Tanah Melayu Pada waktu ini tidak banyak wang yang diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan ekonomi.
Hampir separuh dari perbelanjaan dihalakan kepada pertahanan dan keselamatan dalam negeri (bagi membendung ancaman komunis). Status ekonomi Melayu untuk membantu orang Melayu di luar bandar. Kerajaan juga telah menubuhkan pelbagai agensi, RIDA (Rural Industrial Development Authority) berfungsi untuk memajukan masyarakat luar bandar melalui pembangunan sosial, ekonomi, dan infrastruktur. FELDA (Federal Land Development Authority) pada 1956 untuk membuka dan memajukan tanah baru secara besar-besaran bagi pertanian dan penempatan. Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada 1959, satu Kementerian yang secara khusus menjaga hal-ehwal luar bandar ditubuhkan. FAMA (Federal Agricultural Marketing Authority) pada 1965. Pada tahun 1961 Jawatankuasa Pembangunan Kampung ditubuhkan bagi melibatkan orang Melayu secara langsung dalam proses perancangan dan pelaksanaan program pembangunan. Bank Bumiputera juga ditubuhkan pada tahun 1965 dengan modal sebanyak RM20 juta untuk berperanan sebagai institusi yang boleh membekalkan kredit serta khidmat nasihat kepada peniaga bumiputera. Amanah Saham MARA dilancarkan pada 1967 untuk menggembling tabung simpanan Melayu. Dewan Perniagaan Melayu Bersekutu ditubuhkan pada tahun 1967 sebagai urursetia bagi golongan kapitalis Melayu.
5.2 Kepentingan kepada kaum cina dan India
Status Ekonomi India Dasar kerajaan yang baru merdeka untuk mengambilalih ladang-ladang milik pengusaha asing mempunyai kesan yang serius ke atas buruh eset. Pengusaha Barat mula menjual ladang-ladang mereka dan meninggalkan negara. MIC telah cuba menyelamatkan nasib buruh-buruh India dengan membeli ladang-ladang kecil dengan menubuhkan National Land Finance-Co-operative Society Lmtd (NLFCS) pada 1960. MIC dan NLFCS telah mendesak kerajaan menggubal undang-undang untuk mengawal penjualan estet yang luasnya melebihi 100 ekar. Antara 1961-1969, NLFCS telah membeli 18 estet. Sejak Tragedi 13 Mei 1969 hingga 1990 Tun Razak menyedari bagi membangunkan ekonomi negara, kerajaan harus mengelakkan perbalahan kaum, Untuk itu parti Perikatan diperluaskan dan pada 1974 Barisan Nasional (BN) dibentuk dan ia menyaksikan penyertaan lebih banyak parti politik dan mengurangkan politiking. Tujuan utama rancangan ini adalah untuk memperteguhkan sokongan orang Cina. Ia adalah strategi politik yang digelar sebagai “ethnic corporatism”. Status Ekonomi Cina Kedudukan ekonomi Cina amat teguh selepas merdeka, disebabkan kemahiran orang Cina berdagang dan juga sumbangan persatuan-persatuan Cina untuk mengumpul modal. Konsep perniagaan ala kongsi telah membantu kaum Cina mengumpul modal dan mengukuhkan modal di kalangan komuniti mereka. Keadaan ini juga dibantu oleh lokasi orang Cina di bandar yang telah mendedahkan mereka dengan satu sistem pendidikan yang baik.
5.3 Kepentingan Dasar Ekonomi Baru Kepada Semua Kaum
Matlamat utama Dasar Ekonomi Baru dan kesemua Rancangan Malaysia sehingga 1990 ialah, untuk menyusun semula masyarakat dari segi fungsi ekonomi dan menyatupadukan masyarakat berbilang kaum menerusi strategi membasmi kemiskinan, memodenkan kehidupan masyarakat luar bandar dan mempertingkatkan penyertaan kaum bumiputera dalam bidang perusahaan dan perniagaan. Objektif ini mengalami sedikit perubahan pada tahun-tahun 1980-an apabila dinyatakan satu lagi objektif adalah untuk menggalakkan penyertaan sektor swasta dalam pembangunan negara. Kerajaan memperkenalkan DEB dan ia menyedarkan orang Cina betapa perlunya bekerjasama dengan orang Melayu untuk mendapat faedah ekonomi. Kaum Cina mula mengubah strategi perniagaan mereka daripada berniaga sebagai individu kepada kumpulan. Pada 1989 kerajaan telah menubuhkan Majlis Perundingan Ekonomi Negara untuk melahirkan rasa kebimbangannya dengan nasib kaum India yang ketinggalan di bawah DEB dan ingin mengemukakan cadangan bagi merangkakan dasar ekonomi bagi tempoh 1991-2000. Majlis ini telah menyeru supaya kerajaan mengambil tindakan untuk memajukan nasib orang India dibawah Dasar Pembangunan Nasional yang akan menggantikan DEB. Dasar Pembangunan Nasional (1990-2000) dan Wawasan Negara (2001-2010) DPN digubal berlandaskan wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020. Wawasan 2020 menekankan sembilan jenis cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia untuk muncul sebagai negara berteknologi tinggi menjelang abad ke-21. Dasar-dasar yang menggantikan DEB cuba mewujudkan landasan yang terbaik bagi memajukan kesemua kaum di Malaysia. Namun begitu, dari segi perlaksanaan DEB memang mempunyai kelemahan, kerajaan memainkan peranan yang sangat penting dan semua pihak bagi memastikan apa sahaja dasar yang diperkenalkan membawa faedah kepada semua lapisan masyarakat tanpa meminggirkan mana-mana komuniti di Malaysia ini.
5.4 Faedah Dasar Ekonomi Baru
Dibawah perancanagan dasar ekonomi baru (DEB), pihak kerajaan akan sentiasa memastikan pembangunan negara seimbang, sektor pertanian dan sektor perindustrian adalah saling melengkapi. Kedua-dua sektor ekonomi tersebut adalah sama penting dan tidak boleh diabaikan salah satu darinya. Kebelakangan ini, kerajaan telah mengisytiharkan usaha membangunkan semula sektor pertanian negara. Usaha ini adalah wajar dalam memastikan pembangunan dan kemajuan negara secara seimbang. Seperti yang kita tahu, masyarakat Melayu lebih mendominasi sektor pertanian dan masyarakat Cina pula lebih banyak menguasai bidang perindustrian. Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan bagi mengelakkan berlakunya kejadian 13 Mei 1969 kembali berulang seperti masalah perbezaan jurang ekonomi yang ketara antara kaum. Tambahan pula, apabila kerajaan mengisytiharkan untuk membangunkan sektor pertanian, kemungkinan kaum Cina akan melihat bahawa kerajaan cuba untuk membangunkan ekonomi masyarakat melayu sahaja dan akan meminggirkan kaum Cina. Perkara sedemikian rupa telah menjadi cabaran kepada pihak kerajaan untuk menjelaskan isu ini.
6.0 Kesan-Kesan Dasar Kerajaan Terhadap Ekonomi Kaum Bumiputera
Taraf ekonomi Bumiputera telah dapat ditingkatkan, mereka tidak mencapai kejayaan sepenuhnya. Jika dibandingkan dengan bangsa lain, Bumiputera masih jauh tertinggal di belakang. Pendapatan keluarga Bumiputera lebih rendah daripada pendapatan keluarga orang Cina. Jumlah profesional Melayu banyak bertambah, tetapi masih tertinggal berbanding bangsa lain. Malah, kadar pertumbuhan pelaksanaan ekonomi orang bukan Melayu lebih cepat daripada orang Melayu. Oleh itu, umpamanya apabila ekonomi negara tumbuh pada kadar 8 peratus pada awal 1990, orang bukan Melayu mendapat lebih banyak faedah kerana mereka lebih cekap dan mampu. Orang Melayu masih perlu dibantu dan perlu ada agenda tertentu untuk membangunkan mereka dengan lebih teratur dan tersusun.Segala kuasa yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan perlu dipakai dan dilaksanakan dengan saksama. Pada 2005, satu dasar baru diperkenalkan iaitu Misi Nasional, ianya telah dilancarkan bagi meningkatkan ekonomi dan mempertahankan pertumbuhan ekonomi. Isu pokok iaitu kemunduran dan ketinggalan ekonomi Bumiputera dalam negaranya sendiri, selain itu, isu membasmi kemiskinan, meningkatkan penyertaan dan penguasaan Bumiputera dalam bidang ekonomi moden perlu difikirkan. Secara keseluruhan, penyertaan masyarakat Bumiputera dalam bidang perniagaan, perdagangan dan perindustrian negara masih pada tahap rendah berbanding pembabitan masyarakat bukan Bumiputera. Keadaan pada tahun mendatang memerlukan tahap daya saing tinggi daripada sesiapa saja yang menjalankan kegiatan perdagangan dan perindustrian. Era globalisasi akan mengakibatkan negara menjadi lebih terbuka dan terpaksa bersaing di arena antarabangsa. Persediaan perlu dipertingkatkan.Satu perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah masalah pembentukan masyarakat Bumiputera berbudaya niaga dan berbudaya usahawan. Masyarakat Bumiputera di bandar tidak memperoleh tradisi perdagangan atau perindustrian masyarakat bandar yang dibolot masyarakat bukan Bumiputera, menunjukkan pergantungan mereka kepada bekerja makan gaji sama ada dengan kerajaan atau swasta. Orientasi sikap perlu ditekankan. Paling penting ialah usaha membawa golongan miskin keluar daripada kemiskinan. Pelbagai strategi dan program yang ada untuk menambah pendapatan boleh diteruskan. Hakikat bahawa kadar kemiskinan yang dijangka dalam tempoh DEB dapat dicapai menunjukkan strategi lampau masih sesuai.
Justeru, strategi yang ada kini diteruskan tetapi perlu menekankan 'kesampaian' dan keberkesanan program kepada kumpulan sasaran yang tepat dan dikenal pasti.Justeru, badan baru perlu ditubuhkan di bawah Akta Mara 1966 yang sudah lengkap dan tidak lagi perlu dibahaskan di mana-mana. Ini adalah untuk memastikan orang Melayu berupaya menceburkan diri dalam kegiatan perniagaan. Ini bermakna kerajaan perlu mempertingkatkan pentadbiran Mara secara radikal. Pembangunan tanah simpanan Melayu, tanah Baitulmal dan tanah kerajaan di bandar boleh diuruskan oleh mana-mana badan baru yang diwujudkan itu, dengan tujuan memperbaiki kedudukan orang Melayu di bandar. Inflasi dalam bidang hartanah di bandar dalam tempoh 20 tahun lalu memberi impak kepada ketidakmampuan orang Melayu untuk terus menetap di bandar, jauh sekali menceburkan diri dalam urusan perniagaan. Mereka perlu diberi bantuan sewajarnya oleh kerajaan kerana tanpa campur tangan sukar bagi tanah berkenaan dibangunkan untuk tujuan komersial dan kawasan perumahan.Kelemahan pemasaran hasil pertanian, perikanan dan ternakan boleh diatasi dengan memperkemaskan sistem pengurusan Fama dan melebarkan sayap operasinya.
Orang Melayu yang menetap di luar bandar bukannya malas hendak bercucuk tanam, tetapi mereka tidak memiliki rangkaian pemasaran yang cekap dan berkesan untuk memasarkan hasil tanaman, perikanan dan ternakan mereka. Kerajaan perlu mewujudkan banyak aktiviti yang berupaya merangsangkan penyertaan orang Melayu dalam kegiatan ekonomi, termasuk projek mega yang sedang dijalankan. Banyak perkara, projek dan dasar sedang dan yang akan dilaksanakan perlu diperhalusi dan diurus dengan teliti dengan memastikan orang Melayu terus diberi peluang bukan saja untuk meraih sedikit keuntungan tetapi juga diberi pendedahan untuk menimba pengalaman. Kerajaan perlu memfokuskan perhatian kepada peruntukan Perlembagaan Artikel 153 dan menetapkan kementerian tertentu bertanggungjawab mencari idea dan inisiatif bagi melaksanakannya dan memantau dengan lebih berkesan. Peruntukan undang-undang ini adalah satu-satunya usaha untuk memperbaiki keadaan ekonomi orang Melayu yang dipertahankan ketika mencapai kemerdekaan. Tindakan memperbaiki ekonomi Bumiputera secara tegas perlu dilaksanakan segera, jika tidak, kedudukan ekonomi Bumiputera akan terus menjunam dan berada di paras yang lebih teruk, apatah lagi pada era kini yang mencabar dan suasana persaingan akibat ekonomi globalisasi.
7.0 Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya Kerjasama ekonomi antara kaum di Malaysia mampu menjamin keadilan sosial kerana penduduknya berbilang bangsa dan bersatu padu. Sehubungan dengan itu kita sebagai wargenegara malaysia haruslah berganding bahu supaya negara kita mencapai kejayaan yang gemilang di masa akan datang.Malaysia telah mencapai kemajuan ekonomi yang memberangsangkan sejak zaman pemimpin terulung, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj hinggalah ke zaman Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Walaupun Malaysia merupakan sebuah negara masyarakat majmuk, ekonomi dapat dijanakan dengan mapannya. Kejayaan Malaysia dalam usaha membangunkan negara walaupun mengalami beberapa kali kemelesetan ekonomi menunjukkan kekukuhan ekonomi negara. Ini terbukti apabila Malaysia diiktiraf sebagai sebuah negara membangun yang mempunyai kekuatan ekonomi yang tersendiri. Tambahan pula strategi-strategi yang diamalkan oleh kerajaan telah menghasilkan kestabilan dan pembangunan ekonomi di Malaysia. Selain itu ekonomi Malaysia menjadi bertambah mantap dan kukuh kerana jalinan mesra dengan negara-negara maju. Oleh itu, jika prestasi ini terus diamalkan nescaya matlamat Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020 pasti akan tercapai.
Kemajuan teknologi dan ilmu pengetahuan ternyata tidak mampu melenyapkan cara ubatan tradisional begitu sahaja. Dewasa ini pengubatan dengan cara-cara tradisional semakin popular baik di dalam negeri mahupun di luar negeri. Perubatan tradisional dan perubatan moden mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Perubatan tradisi dan perubatan moden mempunyai matlamat yang sama iaitu bagi menyembuhkan penyakit dan penderitaan dengan konsep dan cara yang tersendiri.
Perubatan tradisi diwarisi turun-temurun secara lisan atau amalan oleh nenek moyang kita manakala perubatan moden adalah trend rawatan pada masa kini yang telah dikaji secara saintifik oleh pakar-pakar perubatan. Menurut Siti Norazuwa Abd Aziz (2000) perubatan tradisional ialah sejenis perubatan pra-saintifik bagi sesuatu kaum. Perubatan ini berbeza daripada perubatan yang diamalkan di Barat. Perubatan jenis ini digunakan pada masa tertentu yang bertujuan untuk penjagaan kesihatan dan sesuai bagi sesuatu masyarakat tertentu.
Selain daripada itu, perubatan tradisional ditakrifkan sebagai sistem perubatan yang diturunkan daripada satu generasi ke satu generasi seterusnya tanpa penulisan. Ia merupakan suatu cara rawatan tempatan bagi mengubati sebarang penyakit yang didasarkan kepada fenomena perhatian secara tidak formal. Dalam perubatan tradisi, Chen (1975) menyatakan bahawa terdapat dua faktor yang boleh menyebabkan penyakit iaitu sebab-sebab kuasa ghaib (hantu, badi, buatan orang dan sebagainya) serta sebab-sebab fizik (makanan, angin, luka, kuman dan sebagainya).
Menurut Chen (1975) lagi, kaedah perubatan tradisi berpusat kepada bahagian utama iaitu perubatan secara batin yang merangkumi jampi mantera, menurun, main puteri dan lain-lain. Contoh yang lain adalah seperti rawatan menggunakan akar-akar kayu dan kepandaian pembedahan seperti berbekam, membetulkan patah tulang, dan sebagainya.
Pada dasarnya perubatan tradisi merangkumi penggunaan sumber alam semula jadi termasuklah tumbuh-tumbuhan dan akar-akar kayu yang banyak khasiatnya yang dapat dijadikan sumber perubatan. Pelbagai tumbuhan telah digunakan untuk menyembuhkan penyakit-penyakit seperti penyakit darah tinggi, kencing manis, penyakit mata, dan sebagainya. Haiwan dan mineral juga merupakan bahan utama yang digunakan dalam perubatan tradisi.
Pada zaman moden ini, masih banyak golongan masyarakat percaya kepada perubatan tradisi. Kehebatan serta kemujaraban perubatan tradisi tidak dapat dinafikan. Bukti-bukti yang nyata telah banyak dilihat serta perkara-perkara yang dianggap luar biasa adalah darah daging perubatan ini. Mungkin ada pihak tertentu yang masih menafikan kebenaran ini kerana mereka menganggap diri sendiri adalah manusia yang paling moden dan bertamadun tetapi nyata anggapan mereka ini tidak dapat diterima.
Dalam sejarah manusia di muka bumi ini, terdapat berbagai-bagai sistem perubatan seperti perubatan Yunani (Greek), perubatan China (Acupuncture), perubatan India (Ayurveda), perubatan herba, perubatan Islam, alopathy, homeopathi, oesteopathy dan perubatan tabii menurut susunan usianya. Tiap- tiap sistem perubatan berkenaan mempunyai ciri-ciri yang tertentu tetapi wujudnya persamaan dari segi konsep dan cara perubatan antara satu dengan yang lain dalam bahagian-bahagian tertentu.
2.0 Takrifan
Menurut Kamus Komprehensif Bahasa Melayu (2005, m.s:813,827) ‘perubatan’ adalah berasal daripada perkataan ubat yang membawa maksud sesuatu benda yang digunakan untuk menyembuhkan penyakit atau menyihatkan badan, samada dengan cara dimakan atau disapu manakala ‘tradisional’ pula bermaksud bercorak tradisi atau dengan kata lain mesyarakat yang mengamalkan cara hidup yang turun-temurun. Perubatan tradisional banyak menggunakan bahan-bahan tempatan asli seperti tumbuh-tumbuhan, herba, bahan-bahan semulajadi dan sebagainya untuk dijadikan sebagai ubat. Pengubatan tradisional dengan istilah lainnya ialah perubatan alternatif.
3.0 Perubatan Tradisional
Perubatan cara tradisional merupakan cara perubatan lama yang telah wujud sebelum adanya cara perubatan moden. Perubatan cara ini tidak menggunakan rawatan secara saintifik malahan kadang-kadang hanya menggunakan jampi serapah untuk mengubati sesuatu jenis penyakit. Semua bangsa di dunia ini mempunyai cara perubatan tradisional masing-masing. Di Malaysia, cara perubatan tradisional mempunyai banyak jenis dan setiap kaum mempunyai caranya yang tersendiri, misalnya Melayu (bomoh atau dukun), Cina (tabib Cina, singse), Iban (manau) dan India.
Perubatan tradisional adalah penggunaan ubat-ubatan tradisional yang masih merupakan satu warisan iaitu penghayatan adalah menerusi kepada satu generasi yang berikutnya. Ia diwarisi turun-temurun dengan cara penyampaian dari mulut ke mulut seperti daripada ayah kepada anak atau daripada guru kepada murid. Perubatan tradisional kini mula mendapat pandangan yang positif daripada orang ramai memandangkan pihak media turut menyiarkan kejayaan penemuan khasiat ubat-ubatan tradisional dan rawatan yang mujarab.
Misalnya, berita seorang dukun ‘patah’ boleh memulihkan kaki atau tangan yang patah akibat kemalangan dengan pengubatan yang lebih baik daripada cara moden. Di kalangan masyarakat Cina, rawatan akupuntur dan ubat singse amat popular semenjak zaman berzaman lagi. Kemasyhuran kedua-dua jenis pengubatan ini terbukti berkesan dan mujarab bagi penyakit seperti darah tinggi, lelah, dan lumpuh. Rawatan akupuntur pula didapati dapat menggantikan ubat bius dalam proses pembedahan.
Tambahan pula, cara perubatan tradisional mempunyai kaitan dengan kehidupan harian manusia yang terus kekal diamalkan sebelum perubatan moden diperkenalkan. Oleh itu, adalah sukar bagi kita mengetahui tentang evolusi masa dan ruang pertumbuhan ilmu ubat-ubatan tradisional ini dan apa yang jelas ialah ubat-ubatan tradisional tetap menjadi panduan di dalam bidang farmasi atau ubat-ubatan.
Perubatan tradisional mempunyai matlamat yang sama dengan perubatan moden iaitu untuk menjaga kesihatan dan merawat penyakit yang dihadapi oleh manusia. Kedua-dua kaedah perubatan ini mempunyai konsep tersendiri. Pakar-pakar perubatan tradisional seperti bomoh, dukun, pawang, tabib cina dan lain-lain memainkan peranan penting dalam melaksanakan tugas untuk memberi rawatan masing-masing.
Begitu juga di Sarawak perubatan tradisional masih terus diamalkan oleh penduduk luar bandar terutama dari kawasan-kawasan yang tidak mempunyai kemudahan pusat-pusat kesihatan moden. Berikutan itu, Sarawak berpotensi menjadi pengeluar perubatan tradisional moden memandangkan sumber biodiversiti serta hutan dara luas yang dimiliki. Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam mengatakan dengan kelebihan itu, Sarawak dapat mengurangkan pergantungan ubat-ubatan yang diimport. (Utusan Malaysia, 2009)
Di samping itu, bahan-bahan untuk membuat ubat tradisional terdiri daripada akar kayu, buah-buahan, daun, kayu dan haiwan yang tidak mengandungi bahan kimia. Contohnya, minyak bijan dan daun sirih untuk mengubat sakit kepala. Bagaimanapun, pengubatan tradisional banyak menggunakan ilmu batin berdasarkan kepercayaan sesuatu kaum. Sungguhpun begitu, ada para bomoh dan ‘mahagumi’ yang menggunakan alat teknologi moden dalam mengesan sesuatu penyakit sebelum diubati.
Misalnya ada klinik perubatan tradisional di Kota Kinabalu yang menggunakan sinar –X bagi mengesan jenis penyakit. Namun tempoh untuk mengubati penyakit pula berbeza-beza iaitu bergantung kepada jenis penyakit. Bagi penyakit yang serius masa yang diambil mungkin lebih dari sebulan sementara penyakit ringan memerlukan dua atau tiga hari sahaja.
Lazimnya kos perubatan tradisional berkenaan adalah mengikut kemampuan seseorang itu. Bagaimanapun, bayaran yang dikenakan ialah di antara RM10 hingga RM15. Bagi penyakit yang serius dan mengambil masa yang lama, pesakit dikenakan bayaran maksimum lebih kurang seratus ringgit. Selain itu, bomoh atau dukun sanggup mengunjungi rumah pesakit yang tidak berupaya atau tenat. Ini merupakan satu keistimewaan yang agak sukar kita dapati daripada klinik moden.
Perubatan tradisional amat penting untuk mengubati penyakit yang berkaitan dengan ilmu ‘guna’ seperti santau yang sukar disembuhkan dengan perubatan moden. Maka tidak hairanlah masyarakat sekarang masih mencampurkan perubatan moden dengan tradisional apabila seseorang itu mengalami penyakit yang teruk atau ganjil. Begitu juga dengan penggunaan ilmu-ilmu batin yang masih diamalkan untuk menyembuhkan penyakit. Misalnya di daerah Serian, Sarawak kemungkinan besar yang amalan ini masih dipraktikan oleh suku kaum Bidayuh. Mereka ini tinggal di kawasan pergunungan yang jauh terpencil.
Walaubagaimanapun, ada yang beranggapan perubatan tradisional adalah kurang maju dan kolot berbanding dengan perubatan moden. Pendapat demikian memang berat sebelah walaupun perkembangan perubatan moden memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan taraf kesihatan rakyat amnya. Meskipun begitu, perubatan tradisional masih diamalkan dan taraf perubatannya semakin meningkat setanding dengan perubatan moden. Ini dapat dilihat daripada penerimaan masyarakat moden terhadap perubatan tradisional sebagai jalan akhir mengubati penyakit tertentu yang gagal diubati secara moden.
4.0 Jenis-Jenis Perubatan Tradisional
4.1 Perubatan Melayu
Golongan Melayu juga mempunyai gelaran doktor tersendiri seperti pawang, bomoh, dukun dan bidan. Jenis-jenis pengeras yang digunakan untuk menjalankan upacara menjampi seperti akar-akar pokok, ranting-ranting, daun-daun dan tumbuhan. Bomoh dalam masyarakat Malaysia bukan sekadar seorang tukang ubat. Secara tidak langsung, bomoh tetap menjadi ‘pakar rujuk’ kepada semua lapisan rakyat di Malaysia. Bagi masyarakat di kampung, bomoh dicari jika mereka mempunyai masalah kesihatan berbeza dengan anggota kelas menengah di bandar, bomoh penting sebagai pembekal tangkal untuk mereka menghadapi pencabaran hidup kota yang menekan.
Ubat-ubatan yang digunakan oleh bomoh kebanyakannya diperbuat daripada bahagian tumbuhan seperti daun, pelbagai jenis akar kayu, bunga-bunga, batu kawi, tulang dan bahan-bahan makanan seperti bawang putih, bawang merah, halia, lada hitam dan sebagainya. Ubat-ubatan ini akan ditukar sekiranya penyakit yang diubati tidak juga sembuh. Di samping itu, sirih pinang tidaklah ketinggalan. Bomoh tidak menggunakan sebarang tumbuhan di dalam hutan tetapi mengenal pasti kemujaraban tumbuhan tersebut sebelum mengubati pesakit.
Keaslian ubat-ubatan tradisional terjamin kerana hanya tumbuh-tumbuhan digunakan sebagai ubat dan ia tidak mendatangkan kesan sampingan kepada pesakit. Bomoh telah mengaku kemampuan mereka untuk mengubati berjenis-jenis penyakit seperti demam, barah, campak, kudis-kudis, naik angin, buatan orang, ubat pengasih dan lain-lain. Kebanyakkan penyakit sembuh apabila dirawati bomoh dan oleh sebab itu ramailah orang yang percaya kepada kemampuan mereka.
Selain daripada bahan-bahan ubat, mereka menggunakan doa, jampi atau serapah bagi menghalau penyakit atau hantu yang kononnya membawa penyakit itu. Ubat-ubat itu digunakan untuk disapukan pada badan atau kepala si sakit, dilumur pada dada atau dahi, diminum atau dicampur dengan air mandi. Sesetengah bomoh menggunakan doa yang bercampur aduk dengan ayat-ayat suci al-Quran.
Semenjak Akta Bidan 1986 (Pindaan 1990) diluluskan, peranan bidan kampung didapati semakin berkurangan dan mungkin lenyap sekiranya tiada sebarang langkah diambil untuk menghidupkannya. Di bawah akta ini semua bidan kampung tradisional perlu mendaftarkan diri untuk diberi latihan dan kawalan yang lebih baik, tetapi peranannya tetap juga terbatas dan mereka tidak digalakkan dalam menyambut kelahiran bayi. Pada tahun 1988, tidak kurang daripada 2,481 orang bidan kampung yang mendaftar dengan kerajaan dan ramai lagi yang belum mendaftar (Utusan Pengguna, 1989).
Hal ini sememangnya diakui oleh bidan kampung sendiri, tetapi dengan berbekalkan kemahiran dan kesabaran menyambut kelahiran bayi, proses bersalin itu sejak beberapa generasi lalu biasanya berjalan dengan selamat. Begitu juga mereka dituduh tidak pandai menjaga kebersihan, tiada latihan yang lengkap, terlalu tua dan mempunyai banyak pantang larang.
Berdasarkan fakta-fakta inilah peranan bidan kampung semakin hari semakin pupus, malah mungkin generasi akan datang tidak akan dapat lagi mengenali atau mendengar perkataan "bidan kampung". Tidak hairanlah jika generasi akan datang tertanya-tanya bagaimana seseorang ibu boleh melahirkan anak di rumah tanpa bantuan doktor dan alat perubatan moden.
Sebagai manusia biasa, bidan-bidan kampung juga mempunyai perasaan dan pandangannya sendiri terhadap kaedah bersalin di hospital. Apatah lagi setelah menerima pelbagai tuduhan dan sekatan yang dikenakan secara tidak langsung terhadap ilmu perbidanan yang mereka warisi daripada ibu atau nenek moyang masing-masing.
Berdasarkan pengalaman beberapa orang ibu yang bersalin di hospital dan juga apa yang didengar oleh bidan-bidan kampung sendiri, kaedah bersalin di hospital turut menimbulkan kebimbangan dan ketidakpuasan hati di kalangan ibu-ibu yang bakal melahirkan anak, terutamanya anak pertama. Pihak hospital selalu menggunakan gunting di mana menurut bidan kampung cara itu tidak baik untuk ibu-ibu bersalin.
Pembedahan akan dilakukan jika timbul kesulitan ketika bersalin. Suami pula tidak dibenarkan memberi pertolongan kepada isteri ketika bersalin. Ibu yang di dalam kesakitan untuk bersalin juga sering tidak mendapat simpati daripada kakitangan hospital yang bertugas. Pada keseluruhannya, kaedah yang digunakan di hospital seolah-olah mendesak atau memaksa ibu yang hendak bersalin itu melahirkan anaknya dengan cepat.
Ini mungkin disebabkan bilangan ibu yang akan bersalin di hospital lebih ramai berbanding dengan ibu yang bersalin di rumah. Kaedah bersalin di hospital itu jauh berbezanya dengan kaedah tradisional yang digunakan oleh bidan-bidan kampung. Bidan-bidan kampung nampaknya lebih sabar di dalam menjalankan tugas, sungguhpun terdapat kes ibu yang terpaksa mengambil masa berhari-hari untuk bersalin.
4.2 Perubatan Cina
Dalam perubatan tradisonal, jenis gelaran bagi doktor tradisional berlainan. Bagi masyarakat Cina, doktor tradisional digelar ‘Fashe’, ‘Dai Fu’, ‘Tabib Cina’ dan ‘Singse’. Di samping itu, pengeras yang digunakan untuk menjalankan upacara menjampi ialah kayu gaharu, wang kertas palsu dan pedang ‘Mao Shan Tien’. Perubatan Cina semakin meluas dan ramai orang yang serasi dengan ubatan penyembuhannya.
Ini dapat dibuktikan apabila Malaysia menerima bantuan dari negara China untuk memajukan perubatan tradisional cina di negara kita. Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, kerajaan akan mengadakan kerjasama rapat dengan China dalam membangunkan perubatan tambahan tradisional cinanya. (Utusan Malaysia, 2009)
Bagaimanapun, sikap kerajaan yang ‘lepas tangan’ bermakna tiada peraturan yang mengawalnya. Adalah sukar bagi seseorang pengguna untuk menentukan siapakah yang betul-betul berkelayakan dalam bidang ini dan siapa tidak. Ubat-ubat yang diberi tidak mempunyai label dan tarikh luput penggunaan. Berjuta-juta rakyat Malaysia mengamalkan perubatan tradisional ini. Ramai rakyat Malaysia keturunan Cina lebih gemar mendapat rawatan secara tradisi daripada singse (doktor tradisional) apabila mereka jatuh sakit.
Ramai pula yang kembali mengguna kaedah ini sebagai usaha terakhir apabila rawatan moden gagal untuk menyembuhkan penyakit mereka. Mereka yang memilih cara rawatan ini mengesahkan tentang keberkesanannya, sementara bekas-bekas pesakit dan singse mendakwa bahawa terdapat beberapa jenis penyakit yang dianggap tidak dapat disembuhkan dengan cara rawatan moden yang sebenarnya boleh disembuhkan sepenuhnya dengan campuran herba dan bahan-bahan yang diambil daripada binatang.
Selain itu, terdapat juga beberapa jenis penyakit yang tidak berkesan dengan rawatan moden boleh disembuhkan dengan menggunakan ubatan Cina. Sebagai contoh, ubatan moden boleh mengawal gejala-gejala penyakit asma atau lelah tetapi ubatan Cina boleh menghapuskannya sama sekali. Di samping itu, penyakit reumatik boleh disembuhkan dengan kaedah akupuntur atau mengambil campuran herba yang selalunya berjaya diubati oleh singse termasuklah gastrik, migran dan batu karang di buah pinggang.
Rawatan akupuntur juga boleh merendahkan paras kolesterol di dalam aliran darah dan boleh mengurangkan risiko penyakit jantung. Selain itu, akupuntur juga boleh mengurangkan kesakitan sewaktu pembedahan. Kejayaan rawatan tradisi Cina ini mungkin disebabkan ia bukan merupakan satu cara penyembuhan sahaja tetapi gabungan peraturan dalam bentuk pemakanan dan perubahan corak hidup yang mengubah seluruh kedudukan badan.
Ubat herba Cina mestilah diamalkan bersama-sama dengan corak pemakanan yang khusus. Begitu juga, seseorang pesakit jangan menjangka akan segera sembuh selepas mengambil ubat ini dan perlu berikan masa kepadanya untuk bertindak secara perlahan-lahan. Alasan utama kenapa ubat tradisional begitu berkesan ialah kerana prinsip ‘ying’ (negatif) dan ‘yang’ (positif) ataupun mengimbangkan semula badan yang merupakan asas segala rawatan.
Mereka percaya sekiranya kedua-dua kuasa ini tidak seimbang maka ia akan menimbulkan penyakit. Begitu juga, dalam setiap rawatan empat perkara perlu dipertimbangkan sama ada penyakit itu panas, sejuk, lemah atau kuat. Ubat yang diberi adalah menurut diagnosa yang dibuat.
Amalan ubatan tradisi Cina mendapat kebenaran di bawah Akta Perubatan yang memberi kelulusan kepada sesiapa untuk mengamalkan sistem terapeutik atau pembedahan mengikut kaedah asli keturunan Melayu, Cina dan India dan boleh mendapat bayaran berdasarkan kaedah yang diberikan.
Pindaan kepada Akta Ubatan 1986 (Pengiklanan dan Jualan) telah mewajibkan pendaftaran semua ubat yang mengandungi racun. Ini termasuklah ubatan Cina dan secara tidak langsung merupakan kawalan ke atas singse. Bagaimanapun pemeriksaan dengan Kementerian Kesihatan menunjukkan bahawa pendaftaran ubatan tradisi Cina masih belum dibuat. Di samping itu, undang-undang tidak mewajibkan ubatan tradisional mempunyai label dan disertai dengan kandungan bahan-bahan yang digunakan.
Ramai pengamal ubatan Cina tidak mematuhi peraturan melabelkan bahan-bahan kandungan yang digunakan. Mereka mendakwa bahan-bahan di dalam ubatan herba begitu kompleks hingga sukar untuk dinyatakan bahan-bahan campurannya melalui label.
Walaubagaimanapun pihak Kementerian Kesihatan telah mengatakan bahawa semua pengamal perubatan tradisional perlu berdaftar dengan Majlis Perubatan Tradisional dan Komplementari yang bakal dibentuk tidak lama lagi sebelum mereka boleh mengamalkan kaedah perubatan itu. Di bawah undang-undang ini, mereka yang berdaftar dengan majlis itu akan diberi sijil pendaftaran sebagai bukti kelayakan sebelum boleh mengamalkan kaedah perubatan tradisional. (Utusan Malaysia, 2010)
Selain daripada itu, rumah urut juga popular di kalangan masyarakat kita. Biasanya orang yang mengunjungi rumah urut dipandang serong oleh masyarakat. Ini tidak dapat dielakkan kerana perkhidmatan rumah urut sering kali dikaitkan dengan kegiatan maksiat. Namun kita sebagai masyarakat yang berilmu harus bijak membuat keputusan untuk memilih pusat rawatan yang betul dan dan sah di sisi undang-undang.
Tukang urut di situ diajar kemahiran mengurut berdasarkan teknik mengurut tradisional Cina serta Jepun yang dikenali sebagai ‘Shiatsu dan Swiss’ atau ketiga-tiga kaedah sekaligus. Teknik rawatan tradisional yang diamalkan di institut itu ialah mangurut dan mengawal pemakanan manakala rawatan moden pula membabitkan penggunaan mesin ‘Modulated Nid-fre-quency Electrotherapy’ (akupuntur tanpa jarum) dan khidmat kaunseling yang teratur. Mengurut cara tradisional Cina menggerakkan semula tenaga dalaman badan bagi memastikan pengaliran darah sempurna dan menguatkan sistem ketahanan badan.
4.3 Perubatan Iban
Manang merupakan gelaran doktor tradisional bagi orang-orang Iban. Orang-orang Iban menggunakan darah ayam sebagai pengeras yang digunakan untuk menjalankan upacara menjampi. Orang Melanau yang menggunakan buai atau ayun dan juga menggunakan patung-patung kayu buat mengganti roh si sakit bukanlah sesuatu yang asing bagi orang Melayu zaman dahulu. Begitu juga apabila orang Bidayuh menghalau makhluk-makhluk jahat dengan menggunakan perahu kecil samalah seperti orang Melayu membuang ancak atau melayarkan lancang untuk menghilangkan penyakit.
5.0 Peranan Perubatan Tradisional Dalam Masyarakat Tempatan
Sejarah dunia sebenarnya telah bermula serentak dengan kewujudan manusia yang hidup berjuta-juta tahun yang lampau. Hal ini dapat dipastikan dengan penemuan bahan sejarah yang menunjukkan bahawa manusia purba telah mengetahui ilmu perubatan. Namun demikian, kita tidak dapat mengatakan bahawa ilmu perubatan masa lampau sama dengan yang ada kini.
Terdapat banyak perbezaannya iaitu hal yang paling penting untuk diperkatakan ialah peranannya di dalam masyarakat tempatan. Mungkin ada pihak-pihak yang mengatakan apabila disebut sahaja perubatan, seringkali dihubung-kait dengan pesakit. Hakikatnya, tidak cuma setakat itu. Dunia perubatan tradisional menyelam jauh ke dasar kehidupan manusia, masyarakat tempatan khasnya, berbanding dengan dunia perubatan moden.
Sebelum membicarakan peranan-peranan perubatan tradisional di dalam masyarakat tempatan ini, kita hendaklah tahu sedikit sebanyak tentang alat-alat serta orang yang bertanggungjawab di dalam hal ini. Pakar perubatan tradisional dalam masyarakat Melayu digelar bomoh, dukun atau pawang sementara dalam masyarakat Iban mereka digelar ‘beliau’ atau ‘menang’. Di samping itu, tokoh seperti bidan juga turut memainkan peranan yang agak ketara di dalam masyarakat tempatan.
Satu hal yang amat ketara berbeza dengan dunia perubatan moden adalah bahan yang digunakan serta cara mengubati penyakit. Bagi masyarakat Melayu dan Melanau, bahan-bahan seperti kemenyan, keris tua, buah limau, bunga-bunga dan lain-lain kerap digunakan, di samping jampi serapah yang tidak pernah ditinggalkan.Peranan utama perubatan tradisional adalah untuk menyembuhkan penyakit.
Hal ini tidak dapat dinafikan meskipun ada sesetengah pihak yang beranggapan bahawa kesihatan merupakan soal ringan bagi masyarakat primitif. Di dalam hal untuk menyembuhkan penyakit selalunya terdapat persamaan di kalangan kaum-kaum yang mengamalkannya. Masyarakat Melayu dan Iban umpamanya, terdapat orang atau pakar yang bertanggungjawab. Perlakuan mereka turut menunjukkan persamaan.
Jikalau di dalam masyarakat Melayu terdapat unsur-unsur pemujaan kuasa-kuasa halus atau roh iaitu terdapat di dalam masyarakat Melayu kuno, maka di dalam masyarakat Iban turut terdapat pemujaan. Jikalau masyarakat Melanau mempercayai bahawa (gendang) mempunyai fungsi yang tidak dapat diketepikan di dalam menyembuhkan penyakit, demikian juga dengan masyarakat-masyarakat lain.
Oleh itu, dapat dikatakan masyarakat tempatan yang mengamalkan perubatan tradisional ini, mempunyai anggapan yang hampir sama tentang fungsi bahan-bahan dan jampi serapah tadi. Seandainya kita meneliti dengan lebih mendalam lagi tentang peranan bahan-bahan atau perlakuan "pakar-pakar" tadi, kita tidak dapat melihat bagaimana ia dapat mengubati penyakit, tetapi masyarakat tradisional amat mempercayainya, malah mereka berpegang teguh kepada amalan-amalan itu.
Di samping berfungsi sebagai menyembuhkan penyakit, perubatan tradisional juga mempunyai fungsi yang lain iaitu untuk menghindari seseorang daripada mendapat kecelakaan atau penyakit. Hal ini mempunyai kaitan dengan kepercayaan masyarakat tempatan terhadap kuasa-kuasa atau makhluk-makhluk halus. Dalam masyarakat Iban, hal ini disebut ‘bersudik’.
Hal ini terjadi kerana masyarakat tempatan amat mempercayai sesuatu penyakit atau perkara-perkara buruk yang terjadi adalah disebabkan oleh kuasa-kuasa halus. Masyarakat primitif juga mempercayai seandainya makhluk-makhluk itu tidak "dihormati", maka mereka boleh mendatangkan bala. Oleh sebab itulah hal seperti bersudik dan Pesta Petani dilakukan.
Jadi, selain mengubati penyakit, pakar-pakar seperti bomoh atau Manang dapat menghalau penyakit tertentu daripada menyerang seseorang. Selain itu, upacara Pesta Petani yang dilakukan oleh masyarakat Melanau bertujuan untuk memohon rezeki yang banyak. Maksudnya Pesta Petani dipraktik untuk memohon kepada "penjaga pantai" supaya membenarkan nelayan-nelayan mendapat tangkapan ikan dengan banyak.
Di samping itu, tokoh seperti bidan turut mempunyai sumbangan dalam perubatan tradisional. Selalunya bidan-bidan melakukan pekerjaan mereka di kawasan-kawasan yang jauh terpencil atau di luar bandar yang tidak mempunyai perkhidmatan bidan kerajaan. Walau bagaimanapun, peranan bidan tradisional lebih dipercayai oleh masyarakat tempatan berbanding dengan peranan bidan-bidan kerajaan yang terdapat sekarang. Ini kerana bidan-bidan tradisional bukan setakat untuk memastikan bayi itu selamat dilahirkan, tetapi juga memastikan agar tidak ada makhluk-makhluk jahat yang mengiringnya semasa lahir.
Masyarakat tempatan turut mempercayai pakar-pakar perubatan tradisional bukan setakat dapat menjamin kesihatan mereka, tetapi juga berfungsi sebagai pakar-pakar di dalam hal-hal kecantikan dan kecerdasan. Sebab itulah kita sering mendengar perkara-perkara seperti susuk, mandi berlimau, akar-akar kayu yang boleh memberi kecerdasan otak dan lain-lain lagi.
Tentang hal-hal kecantikan misalnya, disebabkan tidak terdapat alat-alat solek, maka mereka menggunakan susuk, atau menggunakan bahan-bahan yang diperbuat daripada bunga-bunga atau akar-akar kayu untuk mencantikkan diri. Hal ini masih kekal dilakukan oleh kebanyakan wanita sehingga sekarang.
Namun begitu, tidak dapat dipastikan adakah bahan tersebut benar-benar dapat mendatangkan kebaikan. Cuma perkara yang ketara ialah masyarakat tempatan amat mempercayai hal ini. Bagaimanapun, kita tidak dapat menafikan terdapatnya tumbuh-tumbuhan yang dapat menyihatkan tubuh badan kerana dari kajian pakar-pakar hari ini telah terbukti khasiatnya contohnya ulam-ulaman.
Jadi bolehlah dikatakan bahawa ubat-ubatan tradisional dapat menjamin kecerdasan mental dan kekuatan fizikal manusia. Berbanding dengan perubatan moden (meskipun terdapat kebaikannya) perubatan tradisional amat dipercayai oleh masyarakat tempatan. Walau bagaimanapun, di dalam masyarakat Melayu, apabila datangnya Islam, sedikit sebanyak peranan perubatan tradisional berkurangan. Masyarakat primitif lebih mempercayai kuasa-kuasa halus dan sesetengahnya mempercayai kuasa-kuasa syaitan, dan hal ini adalah bertentangan dengan ajaran Islam yang lebih mempercayai kekuasaan Allah.
Jadi, kita dapat melihat di dalam masyarakat Melayu walaupun perubatan tradisional masih diamalkan tetapi bilangannya berkurangan serta hanya dijadikan sebagai pilihan kedua selepas perubatan secara moden. Peranan-peranan yang telah dijelaskan tadi, dapat dikatakan kepercayaan masyarakat tempatan terhadap perubatan tradisional amat menebal. Hal ini amat ketara hingga ke hari ini terutama sekali jika kita meninjau kepada mereka yang tinggal jauh di pendalaman.
Seandainya kita melihat masih ada yang mengamalkan corak perubatan tradisional di tengah-tengah arus permodenan, ia tidaklah mempunyai persamaan fungsi seperti apa yang dilakukan oleh masyarakat primitif dahulu. Jika dahulu, kita melihat perubatan tradisional ini menjadi amalan yang dipegang teguh, tetapi hari ini ia menjadi satu amalan yang bertujuan komersial. Inilah peranan perubatan tradisional yang dapat dilihat pada hari ini, yang lebih banyak bertujuan untuk mendapatkan wang ataupun untuk dijadikan sumber rezeki.
Sebaliknya pada masa lampau perubatan tradisional semata-mata untuk mengubati seseorang atau membantu orang-orang sekeliling. Contoh yang dapat diambil untuk melihat hal ini adalah penjual-penjual ubat di kaki lima atau bomoh atau pawang yang menuntut upah apabila memberikan perkhidmatan. Terdapat beberapa sebab hal ini terjadi. Pertama mungkin disebabkan oleh bahan-bahan perubatan yang sukar dicari, seperti akar-akar kayu yang hanya terdapat di hutan.
Sebagai ganjaran mencarinya, maka bayaran dikenakan. Selain itu, mungkin juga disebabkan oleh keperluan hidup hari ini yang memerlukan wang di dalam semua urusan. Jadi, hari ini kita mendapati perubatan tradisional yang dijalankan hanya untuk mendapatkan wang. Malah sesetengahnya tidak mempunyai fungsi apa-apa di dalam menyembuhkan penyakit, malah ada yang boleh membahayakan kesihatan.
Jadi dapat dikatakan bahawa peranan perubatan tradisional telah berubah mengikut perubahan zaman. Pada hari ini, dapat dikatakan ianya sebagai satu warisan budaya yang tinggal seperti abu di atas tunggul. Bukan mudah untuk mencari orang yang benar-benar pakar di dalam perubatan tradisional pada hari ini. Walaupun di sesetengah tempat masyarakat kita masih mengamalkannya tetapi bilangannya amatlah sedikit.
Di samping itu, unsur-unsur moden seperti bahan-bahan yang digunakan telah bercampur aduk dengan bahan-bahan aslinya. Di sesetengah tempat, kepercayaan terhadap adat yang telah ditelan oleh kepercayaan agama dan arus zaman, perubatan tradisional hanya tinggal sebagai bahan cerita yang tidak diamalkan lagi.
6.0 Potensi Ubat-Ubat Tradisional
Di merata dunia usaha-usaha sedang diperbaharui untuk mengkaji ubat-ubat tradisional dengan lebih saintifik. Dengan tertubuhnya beberapa pusat penyelidikan di negara ini, peluang untuk mengintensifkan penyelidikan ke atas ubat-ubat tradisional akan menjadi jadi lebih cerah. Ini juga mengurangkan pergantungan ke atas kepakaran dari negara luar.
Penemuan-penemuan terbaru dalam dunia perubatan dan kesan ubat tradisional yang menakjubkan memberikan insentif kepada pembangunan industri tersebut. Ada sesetengah jenama ubat tradisional di dalam pasaran sekarang yang dipercayai boleh meninggikan kecerdasan otak, membantu awet muda, mencegah kolesterol dan darah tinggi serta berbagai ciri perubatan lain.
Berhadapan dengan prospek ekonomi ini, gesaan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar berhubung dengan kepentingan program pemeliharaan atau pemuliharaan biodiversiti perlu diambil perkiraan lebih serius. Program pemeliharaan atau pemuliharaan tumbuhan ubat-ubat tradisional perlulah mendapat fokus yang lebih tertumpu memandangkan nilai ekonomi dan perubatan yang tidak terhingga.
7.0 Kebaikan dan Keburukan Perubatan Tradisional
Masyarakat melayu di negara ini telah lama meyakini perubatan dan rawatan tradisional. Ini dapat di buktikan dengan banyaknya produk-produk ubatan tradisional Melayu dipasarkan serta mendapat sambutan meluas di seluruh negara. Mereka percaya bahawa perubatan dan rawatan tradisonal Melayu merupakan kaedah paling selamat dan tidak memberi kesan sampingan terhadap tubuh badan manusia.
Perubatan dan rawatan tradisional Melayu banyak menggunakan bahan-bahan yang berasal daripada tumbuh-tumbuhan yang boleh di perolehi di sekeliling tempat kediaman dan hutan belantara atau di kawasan pendalaman. Satu lagi faktor perubatan dan rawatan tradisional Melayu mendapat tempat di kalangan masyarakat ialah kerana ianya lebih murah berbanding dengan rawatan dan perubatan lain.
Pengalaman perubatan tradisional dipelopori oleh orang-orang yang disegani dikalangan masyarakat berkenaan dan perhatian yang diberikan adalah lebih meluas . Bagi negara-negara membangun kos mengimport dadah sintetik adalah tinggi berbanding dengan perubatan tradisional yang mempunyai fungsi yang sama dan jauh lebih murah.
Di kawasan yang mempunyai perkhidmatan doktor, masih ramai penduduknya memilih untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan tradisional. Ini disebabkan pesakit merasa bosan menunggu giliran menemui doktor, peraturan-peraturan hospital dan juga masalah komunikasi di antara pesakit dan doktor. Bagi negara-negara membangun faktor utama yang membawa kepada penggunaan ubatan tradisional adalah akibat kekurangan pusat rawatan dan tenaga terlatih.
Ubatan tradisional adalah terhasil daripada hasilan semula jadi dan ianya akan lebih mudah untuk diterima oleh sistem tubuh kita berbanding dengan dadah sintetik. Kepekatan bahan aktif dalam tumbuhan adalah rendah dan menjadi semakin cair apabila persediaan ubatan dibuat dan kepekatan yang rendah ini boleh diterima oleh badan tanpa sebarang kesan ketoksikan kecuali bagi beberapa jenis tumbuhan yang mempunyai toksik..
Terdapat juga beberapa keburukan dalam perubatan tradisional yang patut diberi perhatian kerana terdapat banyak kematian akibat penyalahgunaan atau penggunaan yang silap terhadap tumbuhan akibat kurangnya pengetahuan tentang kandungan bahan aktif dalam tumbuhan berkenaan. Kesangsian utama dalam penggunaan ubatan tradisional adalah disebabkan tidak ada bukti saintifik. Kebanyakkan dakwaan yang dibuat terhadap khasiat tumbuhan tertentu adalah dari pengamal perubatan tradisional dan belum di kaji secara mendalam dan sistematik .
Begitu juga rawatan yang disyorkan adalah tidak jelas. Sebagai contoh seorang pesakit mengadu sakit perut , maka ia akan diberikan ubat sakit perut tanpa mengambil kira ganguan dalam perut mungkin disebabkan oleh gejala lain seperti ulser atau barah. Dalam hal ini yang dirawat adalah simptom penyakit dan bukannya penyakit itu sendiri dan ini boleh menyebabkan berbagai-bagai kerumitan lain.
Di samping itu juga, maklumat mengenai dos yang patut diambil adalah juga tidak jelas dan dos yang berlebihan boleh menyebabkan kesan ketoksikan kepada penggunanya. Begitu juga juga dengan alat-alat yang digunakan semasa penyediaan ramuan ubat mungkin tidak disterilkan dan ada kemungkinan bakteria atau virus pada perlalatan tersebut mungkin menimbulkan gejala yang lain.
8.0 Kesimpulan
Pada zaman yang moden ini terdapat pelbagai cara perubatan yang lebih efektif. Para pesakit mempunyai alternatif untuk memilih jalan yang terbaik untuk langkah perubatan. Pembayaran yang dikenakan juga sejajar dengan khidmat perubatan yang diterima. Namun begitu masih ramai lagi masyarakat kita yang tidak lupa dengan cara perubatan tradisional. Oleh itu kita harus ingat bahawa perubatan moden yang kita terima abad ini adalah hasil daripada penyelidikan ubat-ubatan dari tumbuhan dan pengalaman orang-orang tua kita kerana mereka yang lebih arif tentang khasiat tumbuhan dalam seharian.
Terdapat trend di seluruh dunia untuk memperakui kepentingan ubat-ubat tradisional di samping perubatan lain seperti akupuntur, rawatan homeopati, ubat herba dan lain-lain. Malaysia yang mengimport ubat-ubat dan produk farmasi bernilai berjuta-juta ringgit setiap tahun sebenarnya mempunyai banyak aset ubat-ubat tradisional yang boleh dimodenkan bagi mengurangkan pergantungan kepada import ubat-ubat dari luar negeri.
Bagaimanapun, masih ada pengusaha kecil dan sederhana di kalangan penduduk tempatan tampil meneroka, mencari peluang dan kepakaran dalam industri ubat-ubat tradisional di samping mengekalkan warisan budaya perubatan tradisional tempatan. Perubatan secara tradisional mempunyai matlamat yang sama dengan perubatan moden iaitu menghapuskan kesakitan dan penderitaan dengan cara tersendiri.
Dunia kian ditenggelami arus kemajuan, era moden menguasai suasana. Perubatan moden juga semakin popoular di kalangan masyarakat kita. Walau bagaimanapun masih ada segelintir masyarakat yang masih mengamalkan perubatan tradisi setelah perubatan moden yang dicuba gagal. Ini menunjukkan ada penyakit yang hanya berjaya disembahkan melalui perubatan tradisional berbanding perubatan moden.
Dalam dunia global hari ini yang sering berubah, sudah nampak beberapa negara yang seolah-olah ingin kembali kepada sistem perubatan tradisional. Ini kerana konsep perubatan moden yang kerap menemui kegagalan apabila khidmatnya untuk merawat pesakit sering mengalami masalah. Telah ramai saintis moden yang menyedari bahawa rawatan secara tradisi menggunakan kaedah alam semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan, serangga, dan hidupan kecil mampu menjadikannya penawar dan pesakit dapat hidup lebih lama.
Kebanyakan negara telah kembali kepada sistem perubatan tradisional kerana konsep dan amalan yang wujud dalam rawatan tradisional tidak menyusahkan dan tidak menakutan pesakit. Malah orang ramai menerimanya sebagai rawatan yang terbaik sama ada boleh dilakukan sendiri dengan nasihat, tunjuk ajar atau dengan bantuan pengamalnya.
Dalam konteks ini, sudah tiba masanya sistem perubatan tradisional di negara kita diberikan laluan sepenuhnya tanpa mendapat kekangan dan halangan dari memberikan khidmat yang terbaik dan terus berkembang supaya tidak ditinggalkan zaman. Biarlah masyarakat umum yang membuat pilihan dan menilai sendiri, sistem perubatan mana yang dianggap terbaik yang dianggap ‘mesra kesihatan’ atau menakutkan malah membebankan mereka dalam urusan perbelanjaan rawatan.
9.0 Bibliografi
Arbak Othman dan Nik Safiah Karim (2005). Kamus Komprehensif Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd.
Azizan Abdullah. Penggunaan tumbuhan dalam perubatan tradisional. Diperoleh pada Februari 10, 2010 daripada http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/azizan.htm
China bantu Malaysia majukan perubatan tradisional Cina. (2009, November 24) Utusan Malaysia, 7.
John L.Vancat (1970). Introduction traditional medicine. London: Pretice Hall.
Mohd Kashfi Bin Mohd Jailani. Tumbuhan dan pengubatan tradisional. Diperoleh pada Februari 10, 2010 daripada http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s2_99/a58700.htm
Pengamal perubatan tradisional perlu berdaftar dengan Majlis. (2010, Januari 1) Utusan Malaysia, 11.
Perubatan tradisional dan moden (2004). Diperoleh pada Februari 15, 2010 daripada
http://www.yadim.com.my/Kesihatan/KesihatanFull.asp?Id=123
Sarawak bakal pengeluar ubat tradisional moden. (2009, Oktober 17)Utusan Malaysia
Siti Norazuwa bt Abd. Aziz. Perubatan tradisional. Diperoleh pada Februari 10, 2010
daripada http://Pkukmweb.Ukm.My/~Ahmad/Tugasan/S2_99/A58719.Htm
GOLD aig
Modal : RM 50,000
Kita bukak GIA dengan beli pada harga RM80/g (GIA selling price)
Dapat 625gram
Lepas 3 bulan harga naik 90/g (GIA buying price)
Oleh kerana kita fikir ni dah harga cantik,
Kita jual balik semua 623gram (minimum kena tinggal 2gram dalam GIA)
Kita dapat RM56,070
Untung RM6,070
Sekarang, akaun GIA kita dah takde 'stock'…. kita dah terpaksa mulakan proses membeli… tiada cara lain
Macam mana kalau lepas bulan ke-4 harga tiba-tiba naik mendadak sampai RM100? kita dah takde 'stock' nak jual dah
Kita ambik same example tapi menggunakan taktik 2-way (buy low, sell high / sell high, buy low)
Modal : RM 50,000
Kita bukak GIA dengan beli pada harga RM80/g (GIA selling price)
Dapat 625gram
Lepas 3 bulan harga naik 90/g (GIA buying price)
Oleh kerana kita fikir ni dah harga cantik (tapi kita mengamalkan taktik 2-way),
Kita hanya jual balik 123gram (tinggal 402gram dalam GIA)
Kita dapat RM11,070
Lepas bulan ke4 harga naik lagi jadi RM100 (GIA buying price)
Kita hanya jual balik 200gram (tinggal 302gram dalam GIA)
Kita dapat RM20,000
Sekarang harga kita tengok dah start reverse pulak, bulan ke5 dah turun RM95/g (GIA buying price)
Kita pun takut harga turun banyak, kita pun jual 200gram (tinggal 102gram dalam GIA)
Kita dapat RM19,000
Bulan ke6, harga turun lagi jadi 85/g (GIA buying price)
Kita pun tengok market tengah downtrend gila2, kita jual semua 100gram (tinggal minima 2g dalam GIA)
Kita dapat 8,500
Total kita dapat RM58,570.00
Untung 8,570
Sekarang bila harga turun sikit, kita boleh buy cheap lagi.
Ini adalah satu example yang simple. Real life situation mungkin berlainan. Yang penting untuk difikirkan adalah:
1. Paling elok kalau sentiasa ada balance dalam GIA (kalau takde balance, camane nak jual walaupun harga tiba-tiba naik mencanak, tapi kalau ada balance bila harga naik mencanak kita boleh jual dan bila harga retracement turun balik, kita boleh beli)
2. Cara buy low, sell high / sell high, buy low paling mudah dipraktikkan untuk online trading. Untuk emas fizikal punya trading memang terlalu susah tetapi untuk GIA medium susahnya… Cara ini memerlukan
- modal yang sentiasa ada dalam GIA
- pengetahuan tentang dollar cost averaging supaya kita tahu average cost setiap gram simpanan kita dalam GIA
- pengetahuan dan research tentang market conditions supaya kita boleh forecast dan predict trend harga
- disiplin dan mengikut otak tidak mengikut hati untuk mendapat keuntungan
do you think smoking is cool? Well if you do then you will regret it later because not only will you possibly die but along with that you won t be very pretty. Now today a lot of girls and boys in their teens smoke. Now you don t have to have a cigarette in your hand to be smoking, if your parents smoke you get second hand smoke which is technically the same thing because you are still inhaling smoke actually even more. So now that you know a little of how smoking then here is a lot more.
wrinkles came from age and wrinkles from smoking are a big difference. Because wrinkles from age are well from age, but wrinkles from smoking are because the tobacco settles in your sink. Think of it this way your thirty and you wrinkles ALL over that would be because you smoke. Or maybe your 65 or 75 then your wrinkles are ok.
So another thing that happens to you is your nails and toe nails will turn yellow. Now you may know that your finger nails turn yellow because of the cigarette being near them, but what you probably don t know is that your toe nails turn yellow because not all of the tobacco gets out of your nose and your mouth. But not all of it comes out so it gets inside you and gets out through your toe nails. Grows huh!!!
Other risks caused by smoking A single cigarette can reduce the blood supply to your skin for over an hour. Smoking raises blood pressure, which can cause hypertension (high blood pressure) - a risk factor for heart attacks and stroke.Couples who smoke are more likely to have fertility problems than couples who are non-smokers.Smoking worsens asthma and counteracts asthma medication by worsening the inflammation of the airways that the medicine tries to ease. The blood vessels in the eye are sensitive and can be easily damaged by smoke, causing a bloodshot appearance and itchiness. Heavy smokers are twice as likely to get macular degeneration, resulting in the gradual loss of eyesight.Smokers run an increased risk of cataracts. Smoking stains your teeth and gums. Smoking also affects your looks: smokers have paler skin and more wrinkles. This is because smoking reduces the blood supply to the skin and lowers levels of vitamin A.
So as you can see smoking is bad for you, your health and your appearance. And this is just some things that can happen. So if you want to be on oxygen or have tracheal tube for the rest of your life then that s your choice but for the people that want to stop smoking do something before it s to late. Smoking kills.
hargA eMaS
Gold Bullion Prices
Numbers at a glance
Gold Bullion Prices
As at 29/03/2010 09:31. The Bank reserves the absolute right and discretion to change the prices below without any notice or reason whatsoever.
Weight Gold Type West M'sia -
Bank Selling
(RM) East M'sia -
Bank Selling
(RM) Bank Buying
(RM)
1 OZ AUST NUGGETS 3807 3808 3722
1/10 OZ AUST NUGGETS 415 416 386
1/2 OZ AUST NUGGETS 1954 1955 1880
1/20 OZ AUST NUGGETS 262 263 215
1/4 OZ AUST NUGGETS 1001 1002 951
1 OZ GOLD MAPLE LEAF 3807 3808 3722
1/10 OZ GOLD MAPLE LEAF 415 416 386
1/2 OZ GOLD MAPLE LEAF 1954 1955 1880
1/20 OZ GOLD MAPLE LEAF 262 263 215
1/4 OZ GOLD MAPLE LEAF 1001 1002 951
1 GM KINEBAR 284 285 183
1 0Z KINEBAR 3960 3961 3775
10 GMS KINEBAR 1398 1399 1263
2.0 GMS KINEBAR 405 406 302
20 GMS KINEBAR 2617 2618 2455
5 GMS KINEBAR 795 796 712
1 GM PAMP GOLD 229 230 161
1 OZ PAMP GOLD 3891 3892 3746
1/2 OZ PAMP GOLD 2037 2038 1909
10 GMS PAMP GOLD 1357 1358 1247
100 GM PAMP GOLD 12710 12711 12180
2.5 GMS PAMP GOLD 411 412 340
20 GMS PAMP GOLD 2572 2573 2436
5 GMS PAMP GOLD 725 726 642
1 OZ S'PORE LION 3807 3808 3722
1/10 OZ S'PORE LION 415 416 386
1/2 OZ S'PORE LION 1954 1955 1880
1/20 OZ S'PORE LION 262 263 215
1/4 OZ S'PORE LION 1001 1002 951
Dulu Kala Kerajaan Melaka
Kita sering disogokkan dengan sejarah "rasmi" bahawa keSultanan Melaka yang merupakan simbol kegemilangan bangsa Melayu dahulukala jatuh ke tangan Portugis kerana ia bersifat kuno berbanding kuasa Barat. Kita diajar, budaya ilmu kita tidak sehebat Barat maka itu kita tidak mampu menepis kedatangan mereka. Kita diberitahu berulang-kali, kita kalah kerana pejuang kita cuma mengharapkan keris, tombak dan pedang sedangkan Portugis dan bangsa-bangsa Barat lain memiliki pistol, senapang dan meriam yang mampu membunuh daripada jauh. Maka itu, kita pun digambarkan seperti orang hutan yang duduk atas pokok lalu "sudah patutlah" kita dikalahkan dengan senang. Betulkah semua ini? Pernahkah kita fikirkan apakah kebenarannya secara mendalam?
Pernahkah anda bertanya secara jujur, mengapa Kota Melaka yang digelar Barat sebagai “Venice of the East” boleh kalah dengan mudah? Bukankah ia diakui ramai sebagai kota paling makmur di rantau ini pada zaman itu? Dan untuk mempertahankannya, bukankah Melaka memiliki angkatan perang hebat termasuk kelengkapan laut yang amat besar dan paling canggih di bumi Melayu? Lalu bagaimana ia boleh jatuh ke tangan Portugis yang menurut ceritanya cuma membawa beberapa buah kapal sahaja? Apakah kelengkapan Melaka begitu lemah?Sejarah rasmi sering menyebut Melaka jatuh kerana kelengkapan moden angkatan Portugis mengatasi kelengkapan kuno orang Melayu. Mereka memiliki meriam-meriam berkuasa tinggi, istinggar (pistol lama), baju dan perisai besi sedangkan orang Melayu kononnya cuma mengharapkan tombak, lembing, pedang dan keris. Pakai pula baju Melayu yang senang dirobek senjata. Orang Portugis pakai baju besi yang tidak lut dek keris. Mana tak kalah Melayu ni? Kuno dan mundur ketinggalan zaman.
Tetapi tanyalah diri anda secara jujur. Apakah orang Melaka yang ketika itu telah lama menerima para pengunjung dan pedagang dari peradaban-peradaban besar seperti empayar Islam di Timur Tengah, China dan India begitu daif dan mundur? Kita telah lama menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara yang jauh lebih maju daripada Barat zaman itu. Apakah orang Melayu tidak mengerti keperluan pertahanan untuk menjaga sebuah kota yang menjadi nadi perdagangan Nusantara malah seluruh dunia? Apakah bangsa kita begitu kolot dan bodoh? Jawapannya tidak sama sekali. Malah, ada kajian yang dijalankan menunjukkan kerajaankerajaan melayu di nusantara adalah pembuat dan pengeluar senjata-senjata api terbaik di dunia menewaskan Belanda, Portugis serta Sepanyol. Catatan-catatan pengembara danpedagang awal Eropah, India dan Cina juga menunjukkan kerajaan-kerajaan nusantara yang mengelilingi kerajaan melayu Melaka ketika itu adalah pengeluar utama meriam-meriam hebat dan berkuasa di dunia seperti Kesultanan Brunei, Kesultanan Pattani, Kesultanan Sulu dan beberapa kerajaan melayu lain di Asia Tenggara.
Malahan, Kerajaan Islam Turki Uthmaniah juga pernah membeli meriam-meriam yang berkualiti daripada kerajaan-kerajaan kesultanan melayu di nusantara. Apakah Sultan-sultan Melaka yang memiliki pelabuhan paling kaya di timur menjadi buta dan tuli tidak mendapatkan senjata-senjata ini daripada kerajaan-kerajaan yang berjiran sedangkan kerajaan-kerajaan Eropah, Timur Tengah, India dan Cina mahupun Jepun berebut -rebut ingin mendapatkan senjata-senjata ini daripada nusantara ini ???
Catatan ketua panglima Portugis, Alfonso di Alburqueque sendiri menyebut, setelah Kota Melaka dikalahkan, Portugis telah merampas 3,000 pucuk meriam dan katanya itu baru separuh daripada meriam milik Melaka. Maknanya kota itu sudah ada 6,000 pucuk meriam ketika itu dan ini adalah cerita 500 tahun dahulu! Ada cerita menyebut, orang Portugis terjumpa sebuah benda ajaib di istana Melaka. Bila dipandang objek tersebut, muncullah muka manusia di dalamnya. Apabila diteliti balik, muka manusia itu adalah muka orang yang memandang. Rupa-rupanya objek itu adalah cermin tetapi orang Portugis baru kali pertama melihatnya! Jadi siapakah yang kuno dan siapakah yang lebih bertamadun? Kalau orang Melaka sudah bertamadun lebih tinggi daripada Portugis, kenapa pula ia boleh jatuh ke tangan Barat?
Kerajaan yang begini hebat di nusantara hanya boleh ditewaskan oleh gabungan tentera-tentera Portugis,Kerajaan-kerajaan kecil di Sumatera dan Jawa,askar-askar upahan dari Goa,Jawa dan Siam ditambah dengan pembelot dan pengkhianat dalam daripada para pedagang asing dan orang-orang melayu sendiri. Melaka jatuh bukan kerana orang Melayu kuno. Dari dahulu lagi Melaka sudah memiliki meriam-meriam besar, pemuras, istinggar dan lain-lain senjata api. Melayu juga sudah mengenal apa itu baju besi dan sudah mahir menempa baju besi untuk kegunaan ketenteraan. Mereka yang memilih untuk berlawan dengan keris, tombak dan lembing pula bukan calang-calang orang. Bukan tidak pernah melihat senjata moden atau berfikiran kuno. Percaya atau tidak, mereka memiliki kebolehan tertentu untuk mengatasi alatan canggih.Angkatan laut Melaka yang sering meronda sepanjang Selat Melaka, laluan dagang tersibuk didunia sampai sekarang pula diakui kecekapannya. Di bawah kepimpinan tokoh-tokoh berwibawa seperti Bendahara Tun Perak dan Laksamana Hang Tuah, ia telah berjaya memukul mundur armada laut Siam, juga ancaman mana-mana pihak. Bukankah ia cukup besar dan kuat untuk menjamin keselamatan penduduk, pendatang dan pedagang sepanjang Selat Melaka?Mampu meronda dari utara Semenanjung sehingga selatan ke Pulau Jawa, memantau dan menghidu pergerakan musuh sebelum mereka dapat menghampiri pusat pemerintahan di Kota Melaka. Lalu bagaimana Kota Melaka boleh jatuh? Lebih pelik lagi, di manakah angkatan laut Melaka ketika ia diserang?Bacalah mana-mana buku cerita atau sejarah mengenai kejatuhan Melaka termasuk tulisan Barat yang berat sebelah. Tiada satu pun yang menyebut tentang angkatan tentera laut Melaka yang ikut mempertahankan kota Melaka. Angkatan laut ini langsung tidak terlibat sehingga Melaka dengan senangnya boleh dibedil Portugis dari laut. Tidak ada satu pun kapal Melaka menghalang, tidak ada apa-apa sekatan. Tidakkah ini aneh?Memang perlu diakui bahawa Sultan yang memerintah Melaka ketika itu telah melakukan kesilapan besar antaranya melantik pembesar-pembesar yang gilakan kuasa serta korup. Sultan Melaka ketika itu juga dikatakan sering berfoya-foya dengan penzinaan dan arak.Wallahualam.
Mereka yang benar-benar berkebolehan dipinggirkan sedangkan pembesar berwibawa yang masih ada menjadi tawar hati. Bagaimana jentera pertahanan hendak digerakkan dengan cekap? Mungkin penduduk Melaka sendiri serta para pedangang luar sudah siap sedia membelot, membuka laluan untuk Portugis menawan Melaka? Atau memang sudah lama wujud gunting dalam lipatan yang inginkan Melaka jatuh sehingga angkatan laut Melaka tidak berfungsi sama sekali?Ada cerita lama orang tua-tua Melayu menyebut kebanyakan kapal yang menyerang Kota Melaka sebenarnya bukan milik Portugis tetapi Melayu, kapal angkatan laut Melaka juga! Sebuah laporan Portugis pula menyebut mereka ada ternampak sebuah angkatan laut yang dikenalpasti milik orang Melayu sedang disediakan untuk menyerang dari satu tempat di perairan Melaka. Mungkin benar Tun Mutahir sedang bersiap-sedia untuk merampas takhta atau ada pihak lain bertanggungjawab tetapi menuduh Bendahara pula yang ingin berlaku khianat? Yang pasti, ada pihak yang membelot. Si Kitol dan Raja Mendeliar sudah pasti. Namun, masih ada pembelot yang lain yang terlepas daripada catatan sejarah.Apapun, nasi sudah menjadi bubur. Melaka jatuh dan terus dijajah selama lebih 400 tahun. Sultan Mahmud pula menjadi orang pelarian dan menurut ceritanya, terpaksa meninggalkan Kota Melaka lari selatan ke Muar. Itupun terus dikejar Portugis, tidak boleh duduk aman lama di satu lokasi, terpaksalah hidup merempat dari satu tempat ke satu tempat. Apakah baginda menyesal atas segala perbuatannya dahulu?Semua rakyat Malaysia perlu mengambil pengajaran daripada peristiwa kejatuhan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka ini. Pemimpin yang korup serta tidak amanah, menjual kedaulatan negara haruslah diganti dengan pemimpin yang amanah dan jujur dalam menjalankan tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara serta yang paling penting mengamalkan perintah Allah dan rasulnya. Pemimpin yang adil diturut.